
Ketika kandungannya mencecah sembilan bulan, pelakon Fasha Sandha mendedahkan bakal menimang cahaya mata lelaki pada penghujung Mac atau awal April ini.
“Saya tidak sabar menanti kehadiran bayi lelaki kami ini. Insya-Allah jika tiada aral melintang, saya akan melahirkan anak sulung pada penghujung Mac atau awal April depan.”
“Memang kami berdua inginkan anak lelaki kerana dapat menjadi kawan kepada abangnya, Putra Rayqal Ramli (hasil perkahwinan pertama Rizal) yang kini berusia empat tahun. Lagipun kalau lelaki yang sulung, dia boleh menjaga ibu dan adik-beradiknya yang lain,” ujar Fasha yang dipetik daripada Harian Metro.
Credit to :: Harian metro ::