https://izyanyancinnamon.blogspot.my


About Me Exchange links Giveaway 2015 Home Kesihatan Tips

Thursday, 31 December 2015

Sedangkan aku tengah...

Sedangkan aq tengah memerhati gelagat ahli-ahli group bertengkar sesama sendiri dalam facebook,Aku terdiam.."Awad jadi macam ni huru hara dibuatnya.Kes remove ja pun.." Aihhh boleh diselesaikan dengan cara elokkan ni tak sorang cakap "Kemaih".Sedangkan sorang lagi hanya ikut saja apa Si A ni kata.Hmm kena banyak bersabar bila tubuhkan group dalam Facebook ni tambah-tambah jadi admin.Sudah terang lagi bersuluh syarat sudah dinyatakan dah tak ikut lepastu aibkan orang,jaja cerita merata.Hampa kena ingat,setiap kali hampa aibkan orang bukan senang nak "CUCI" balik cerita yang dijaja tu.Kalau dapat yang jenis boleh terima alhamdulilah,Maw dapat yang jenis mulut "Puaka" apa boleh buat.:(.Aku menulis ni pun sebab aku "GERAM" admin tu style krik-krik aihhh tak pelaa anggap tu sebagai harta akhirat buat Si B ni..

Ok ready eh nak cerita yang lain sebenarnya kahkah.Memandangkan harini saat ini adalah hari terakhir dalam tahun 2015,aku nak gak kongsi cerita manis semanisnya kurma dengan pahit sepahitnya "HEMPEDU BUMI" kihkih.Kenangan manis aku adalah apabila sepanjang tahun 2015 ni aku hanya duduk kat umah sampai mereput dibuatnyaa.Tapi Alhamdulilah aku ada income sendiri dengan membuat bisnes kecik-kecilan boleh laa tanggung diri sendiri dari mereput macam itu ja,baik aku cari jalan supaya aku boleh berdiri diatas kaki sendiri..(T^T).

Cerita manis kedua adalah jeng-jeng 

|
|
|
|
v

Tak abih-abih dengan selfie :P
Tiba-tiba aku rasa macam muka aku terlebih "excited" hmmm (Disebalik tabir adalah mak ngajak aku keluar,yang aku masih dengan selfie,jadi ni laa hasilnyaa >_<)
Cerita ni berkisarkan tentang (poyo sangat eh kau yan menulis).Tak dak laa macam ni aku dah putus sahabat dengan tudung biru tu atas sebab tertentu.Hampir 7 Bulan lost contact,wasap pun tak dilayan.Tiba-tiba tadi dia (Siti bkn nama sebenar si tudung biru) wassap."Weh mekk jom kuar,lama tak kuar" Ok aku pun fikir betul ke ni angin tak dak ribut tadak tiba-tiba muncul.Rupanya kami keluar adalah untuk memohon maaf diatas kesalahan dia.Alhamdulilah nampaknya masih hargai laa persahabatan yang terjalin sejak thun 2009 ( 7 Tahun).Jadi kami pun 00 dan berjanji tidak akan bergaduh lagi disebabkan hal-hal yang "ERKKK".Ingat aku tak rindu ke persahabatan yang lama tiba-tiba putus sekelip mata macam tu je (T^T).Lagipun benda boleh dibawak bincang.Jadi pengajaran nya disini,Jangan jadi kan kesalahan sebesar kuman boleh "merebak ke seluruhan badan.."Ingat tu hakak yan "Apabila dia berbicara".Dan juga siti sempat memberi hadiah sebagai tanda mintak maaf disamping adiah buat hari tua ku yang bakal jelma lagi 6 hari yihooooooooo.( 6/1/1995).So sempena tarikh banak aku yang datang,insyaAllah jika tiada aral angin lintang,aku dengan berbesar hati seikhlas nya akan menganjurkan satu GIVEAWAY yang simple je sebab sepanjang 5 tahun berblog ni jarang sekali buat kontest *eh bukan jarang tapi tak pernah hmm* malah GA ni tiada sponsor hanya diri aku sendiri yang baik hati menaja hadiah kepada yang bertuah.Hadiah nya adalah misteri dan akan diberikan kepada 5 pemenang.Kalau kurang insyAllah aku akan usahakan kekalkan 5 Hadiah tersebut sebagai menghargai penat lelah hampa yang hari-hari datang jenguk MAK TIMAH kat sini.*Saya sayang anda semua*

Yang pentingnya disini bukan arini GA tu berlangsung,mungkin next week atas sebab kerja - kerja baiki blog yang bakal merubah wajah tidak lama lagi*Baru bakal tak taw jadi ke idok hoho*.Lagipula next week jugak laa tarikah banak aku,so insyAllah next week aku akan update posting GA.:)

Kenangan pahit adalah dengan sukacitanya :( aku tak pergi sambung belajar bukan kerana tidak dapat tawaran tetapi aku mengalami sesuatu diluar jangkaan.Nenek aku sakit jadi aku kena jaga dia memandangan aku sorang je yang "FREE ALWAYS"dalam byk-byk adik beradik yang lain kerja jadi aku diberi tugas menjaga nenek aku.Tak pela aku anggap bukan rezeki aku lagi..:)

Ok itu sahaja kod serba sedikit nukilan aku pada harini.InsyaALLAH dengan azam baru hampa ini,harap hampa kena kena kerja keras sikit dengan apa yang dihajatkan tu kalau nak berjaya.Tapi nak tanya hampala,dah tercapai ke belum azam pada tahun 2014?Azam aku hmm entah apa azam aku pon tak taw yang aku listkan pada hujung2 tahun 2013 sebelum ni "Masuk tandas pukul 11.59,keluar tahun depan"..(-_-')..Ok yang lepas tu aku lupakan laa mulakan dengan lafaz bismillah azam aku pada tahun ni cukuplaa tengok mak ayah sihat walafiat tu sebenarnya lebih penting dalam hidup aku.Doakan ye semoga ibu bapa kita sihat dengan dibawah lindungannya.:) Kbaiiii aku taip ni gagah p laa sebagai kenangan,sebenarnya aku tengah demam ni huhu.*Pandai dia pun nak demam ditahun baru* huhu.WISH ME GET WELL SOON.Aminnn.

P/S:Ok time untuk blogwalking follow memollow balik mana yang tinggalkan pesanan kat blog aku ni.Maaf kan tuan hamba lambat jejak balik huhu..

Tuesday, 29 December 2015

Review Menang GA 2015 (December)


Assalamualaikum & Hai Chingu 
Alhamdulilah nak berkongsi cerita saya tentang hadiah terkumpul nak review semua sekali gus senang sikit kan hihi bukan niat dihati nak riak menunjuk atau seangkatan dengannya tapi saya nak kongsi sahaja disamping menghargai sponsor itu saja tiada niat lain.Hadiah semua sudah sampai ke tangan yan ada yang lama punya GA dengan baru-baru yang yan menang.Terbaru menang GA dari Cik Noodle alhamdulilah tesenarai daripada dua pemenang yang dicari.Dan hadiah sudah selamat sampai ke tangan yan sebentar tadi.Terima Kasih Cik Noodle kerana memberi peluang kepada saya menjoinkan diri dalam GA cik Noodle,semoga Cik Noodle sentiasa dimurahkan rezeki.Amin

Tudung dari Cik Noodle,Novel dari Faez Ramly & Buku mewarna Dari Mommy

Dan akhir kemenangan dari GA Cik Akak yang diumumkan tadi.Alhamdulilah Menang topup Rm 10 Dari Abam Kie.Terima Kasih Blogger cik akak (Penganjur) & Abam Kie selaku sponser semoga dimurahkan rezeki selalu Amin..:)


Monday, 28 December 2015

GIVEAWAY THE BABY STORE BERSAMA DIANARASHID

Klik Banner
Assalamualaikum & Hai chingu 
Arini yan nak mengajak sahabat yan sekalian join satu GIVEAWAY THE BABY STORE BERSAMA DIANARASHID.Untuk makluman, GA ini baru sahaja berlangsung arini sehingga 31/1/2016 dan untuk DIANA RASHID semoga berjaya dunia akhirat dan dipermudahkan rezeki :) Cakap pasal hadiah, hampa jangan risau, hadiah yang ditawarkan cukup lumayan seperti..

*Wang tunai Rm100 x Tempat Pertama
*Wang tunai Rm50 x Tempat Kedua
*Wang tunai Rm30 x Tempat Ketiga
*Head Rest Massage x 10 Unit (Tempat Pertama hingga Kesepuluh)

Hadiah menarik akan diberikan kepada 10 pemenang.Dari blogger DIANARASHID dan The Baby Store selaku penaja utama GiveAway ini dan juga penaja sampingan yang lain.

Nampak kan? Hadiah juga cukup awesome.. so apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai memeriahkan lagi giveaway ini :) Info menarik tentang The Baby Store selaku Penaja Utama.The baby store adalah Sebuah Kedai Bayi Online yang menjual barangan kelengkapan dari ibu mengandung, ibu berpantang, ibu menyusu, bayi dan kanak-kanak. Pelbagai jenama ternama ada dijual di online shop ini seperti Tommee TippeePhilips AventQuinny Baby StrollerHalford Baby StrollerAldoHauck Baby StrollerUmma LactoUmmie Milky RichMamomEveLove BreastpumpScratchMeNotSusu Kambing WildanSparco Car SeatBaby Ultra Hannah Baby WrapKoopersFreemieMinyak Kelapa Dara D'AuraGugu Swaddle PodTropika Baby Herbal CreamMaxi-Cosi dan banyak lagi.Haa bagi sapa kaum-kaum ibu boleh cuci mata sat kat The baby store.Macam-macam ada keperluan barangan untuk si kecil comel anda.Mummy dah segak bergaya tak kan anak sendiri tak nak bergaya seperti ibunya :P

Lagi menarik tentang The Baby Store ini,hampa akan dapat satu berita gembira setiap belian di website The Baby Store akan menerima mata ganjaran dimana boleh ditebus pada belian seterusnya. Setiap RM 1 akan menerima 1 Mata Ganjaran.wahhhh tak tertarik kaa jahh (Naseb baik yan ni tak kawin lagi kalau tak dah lama soping kat sini hihi )

Untuk melayakkan kawan-kawan semua menyertai GiveAway ini ada beberapa syarat mudah yang perlu kawan-kawan patuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
Klik Sini untuk terus ke syarat-syarat penyertaan
Mudah bukan?alaa nak menang kena ada usaha sikit tak susah pun follow je semua syarat insyaALLAH kalau kita ikhlas dalam membuat sesuatu perkara kita akan mendapat keberkatan.Tak salah bukan kalau kita follow je semua ni kan boleh kenal-kenal dengan sahabat baru malah boleh mengeratkan silaturahim lagi sesama kita..:)

Semoga berjaya kawan-kawan buat sebaik yang boleh ye..:D

P/S: Menang atau kalah adalah adat permainan kalau ada rezeki alhamdulilah,kalau tak dak rezeki berusaha lagi dan lagi,jangan mudah berputus asa ye..:)

Sekian Wa'alaikumussalam daripada saya

Year End + New Year Giveaway? By Aynal M

Klik Banner
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Jan 2016

Tag : 1 , 2 & 3

Pencarian Top 5 Blogger 2016

Assalamualaikum

*tekan banner untuk join

Tag rakan : 1 , 2 & 3
Nama panggilan dalam blog : Izyan / Yan
Tempoh pengalaman berblogging : 5 Tahun (2011 - 2015)

Kelebihan biji betik

Tak banyak yang tahu bahawa biji betik yang biasa kita buang, ternyata punya pelbagai manfaat.Salah-satunya, untuk menyingkirkan racun-racun yang terkumpul di usus dan hati kita.

-Kajian menunjukkan, racun boleh terkumpul sehingga seberat lapan kilogram dalam usus kita.

-Ekstrak biji betik bahkan mampu melindungi buah pinggang dari racun yang mencetuskan problem buah pinggang gagal berfungsi.

-Biji betik juga mampu membunuh parasit dalam bersarang dalam pencernaan.

-Doktor Wahyu Triasmara, dalam Club Diet Sihat Bersama dr. Wahyu Triasmara - DRW, di Facebook pada 28 Februari 2015, menjelaskan,
biji betik juga mengandungi zat antikolesterol yang hebat.Mengambil biji buah betik juga bermanfaat sebagai antioksidan dalam darah.

-Ini teruji dalam kajian mengenai jus biji buah betik, secara signifikan dapat menurunkan kadar kolesterol dan LDL (lipoprotein ketumpatan rendah),
serta meningkatkan kadar HDL.Ekstrak biji betik ini mempunyai kandungan alkaloid, flavonoid, tanin, Saponi anthraquinones, dan anthocyanosides.

-Dengan adanya kandungan ekstrak tersebut, biji betik ini mempunyai kesan hipolipidemia dan antioksidan dalam darah yang luar biasa.

-Kesan hipolipidemia ini, sangat berguna bagi terapi alternatif hiperlipidemia yang disebabkan adanya lemak sayuran atau kolesterol dalam jumlah terlalu tinggi.

-Adapun, saponin yang ada dalam biji betik, bermanfaat untuk menurunkan aktiviti kolesterol serum seperti aksi resin, iaitu dengan mengurangkan peredaran enterohepatik asid hempedu.

-Melalui perencatan reaksi oksidasi kolesterol LDL ini maka dapat menurunkan kadar kolesterol darah.

-Kandungan Fitokimia mempunyai peranan aktif bagi pencegahan penyakit.
Sementara Flavonoid merupakan antioksidan yang dapat menangkap radikal bebas, "jelasnya.

-Lalu, bagaimana cara untuk boleh memakan biji betik yang menyihatkan itu? Ada dua cara.
Pertama, biji betik itu diblender dan disajikan seperti kita membuat jus.

-Kedua, dengan mengeringkannya, dan mengisarnya kemudian menyediakannya seperti kita membancuh kopi.

-Untuk cara kedua, begini langkah yang perlu dilakukan.
1. Cuci biji betik, lantas jemur 2-3 hari.
2. Setelah kering, blender / tumbuk biji betik tersebut hingga jadi serbuk.
3. Ambil satu sudu teh serbuk dan campur dengan satu gelas air hangat. Boleh dicampurkan dengan madu atau sedikit gula agar rasanya lebih nikmat.
(Atau boleh dibuat Jus langsung campur buah betik dengan bijinya dan minum 1-2 gelas jus biji betik tersebut setiap hari).

-Buktikan dalam 14 hari pencernaan anda makin sihat tubuh makin segar.
Kata doktor Wahyu: "Saya dan keluarga sudah mencubanya, orang tua saya yang sebelumnya kolesterol 270, dalam 10 hari menjadi 170.

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

"Segmen Jom Tambah Follower"

Klik Banner
Jumlah followers : 4205

Sunday, 27 December 2015

Tips Menjaga Muka Daripada jerawat

1. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan BERSIH.

2. Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang TEBAL di wajah.

3. Bersihkan wajah dengan SEMPURNA setiap kali selepas mengunakan mekap.

4. CUCI wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yang sesuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.

5. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang BERLEBIHAN kerana ia akan menyebabkan iritasi.

6. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! MEMICIT jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.

7. Jagalah kebersihan rambut dan tangan anda. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang KOTOR. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.

8. Hentikan menggunakan MEKAP ketika wajah masih berjerawat.

9. Sering berganti TUALA pengelap wajah, pastikan tuala tersebut lembut dan bersih

10. Lindungi kulit dari SINAR matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

11. Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah pakaian yang LONGGAR, ringan dan dapat menyerap peluh.

12. Kurangkan memakai SKARF dan topi kerana ia sering menjadi tempat terkumpulnya minyak dan debu.

13. Dapatkan NASIHAT doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan.

14. Kurangkan MAKANAN yang pedas, berminyak dan berkalori.

Friday, 25 December 2015

Kematian Friendster

Friendster adalah pelopor social networking dengan dilancarkan pada Mac 2002 berasal dari gabungan Friends + Napster. Pada 2003 Friendster terus berkembang dan di Malaysia pada 2004 Friendster mendapat smbutan hangat. Friendster menjadi social media pertama yg mencecah komuniti sejuta meskipun social media seperti Myspace pada 2004 dikatakan lebih banyak page view.

Pada 2003, google nak membeli Friendster dengan harga pembukaan $30 juta namun friendster menolak terus kerana mahu pengguna mereka lebih kekal privacy berbanding google yg tak cukup telus dalam isu menjaga privasi. Dasar friendster ini telah ditiru blackberry yg benar benar tegas dalam isu pemilikan persendirian / private. Sebab tu banyak negara dan agensi kerajaan menggunakan blackberry untuk tugasan rasmi. Namun ia dianggap salah satu kesilapan terbesar friendster yg mungkin boleh mendapat harga 2 kali ganda jika negotiation diteruskan.

Namun dengan perkembangan Facebook pada 2004, google tidak ada minat lagi nak membida Friendster selepas reputasi facebook yg dianalisis oleh pakar google sebagai akan menjadi fenomena.

Pada 2005 Friendster dikatakan telah berkurangan pengaruh di USA. Dan pada 2006, boleh dikatakan Friendster telah 'mati' di USA. Produk Kanada ini bagaimanapun masih digunakan meluas di Asia terutama Asia Tenggara pada 2006.

Pada era friendster dulu , adalah zaman remaja mula berjinak jinak dengan dunia mencari hostpot dan budaya starbuck mula berkembang sebab masa tu mana ada mamak Dan kedai Tomyam berwifi. Di universiti atau kolej, para student akan berkumpul ramai ramai di hostpot area dan layan friendster sambil belajar dan buat assignment.

Pelajar Universiti dan kolej antara golongan yg menjadi addict kepada friendster. Di Malaysia, remaja akan menghabiskan masa di cyber cafe hanya kerana Friendster dan Myspace. Dengan feature yg lebih personalize seperti plug in media player seperti dengar lagu dan penukaran layout, friendster sangat disenangi dan boleh customize.

Masa ni , tak ada status dan komen yg terlalu merapu sebab user adalah sedikit dan masa berfriendster amat terhad. Jarang remaja yg ada kemampuan membeli gadget dan hanheld devices seperti sekarang. Cuma dibawah 5% budak 10 tahun ada friendster dan ini menyebabkan kes komen tak matang sedikit. Cuma sedikit pak cik mak cik yg ada friendster. Komuniti social media zaman Friendster ada kelas tersendiri. Cuma gambar terbaik yg diupload kerana ia bukan lah few second work macam sekarang. Dulu sedikit saja yg ada handheld yg boleh direct ke friendster. Machine utama adalah laptop atau PC. Jadi kerja upload gambar adalah dari hanphone transfer ke laptop menerusi memory card reader 15 hengget. Atau masuk pendrive dan upload di CC atau laptop member.

Kita boleh view sapa yg usha profile kita dan senyum sampai ke bibir kalau ex kita pun usha. Cehhh....

Pada 2007 , Facebook mula mendominasi Malaysia dan dan pada 2008 ramai rakan sebaya mulai mempengaruhi kita untuk beralih ke fb. Namun sebagai pengguna tegar Friendster kita akan cakap, tak nak la FB, susah, friendster lagi best ramai member. Pada 2008 baru kita semakin menerima pelawaan bertukar ke fb dan friendster kita semakin sunyi dan paling bosan bila orang yg kita selalu usha pun dan berfb. Lepak dimeja , geng fb mulai mencari downline dengan testimoni beramai ramai. Pada 2010, friendster merosot teruk penggunaan di dunia termasuk Malaysia. Pengguna friendster memang ramai masih di Asia Tenggara masa tu.

Statistik
2009 - 11+ juta users
2010 - 8.2 juta users

Satu angka mendadak dan kesan daripada semakin ramai ke fb, kita kehilangan komuniti di friendster dan pada 2010 juga friendster hampir mati di Malaysia. FB berterusan mengupdate feature dan intergrasi dengan apps lain dan friendster gagal bersaing

Pada 2011, usahawan Malaysia, Vincent Tan (MOL) telah membeli Friendster dengan nilai sekitar $26 juta untuk menjadi media sosial kepada gamers. Vincent Tan team mengumumkan akan menukar Friendster kepada komuniti gaming daripada yg sedia ada. Mereka menyatakan, mereka tak mahu menyaingi fb tetapi mahu melengkapkan FB.

Pada 2011 Friendster telah mendelete semua gambar dan profile ditukar kepada avatar tertentu. Ramai yang tak alert dan tak tahu seta kecewa dengan tindakan friendster yang tak berusaha mencari alternatif memulangkan gambar ke email atau notis hebahan yg lebih baik.

Jadi pengguna friendster still boleh log in menggunakan username dan password lama tetapi sangat kecewa bila profile menjadi kartun. Pada 14 June 2015, friendster lenyap terus.

Bersemadilah sebuah kuasa media sosial pada 2011.

Tq friendster sebab menjadi sebahagian daripada zaman remaja kami. Dan saya tetap tak leh lupa bila kebanyakkan friendlist adalah dari filipina.Sampai tak faham setiap kali berchat dengan orang asing hihi..Mula dari situ boleh berjinak-jinak cuba slow talk menggunakan bahasa omputeh haha..

Ingat tak layout terakhir atau favourite hampa dan apa status terakhir hampa ? Yan tak hingat dah sebab terlalu laaa lama sangat tinggal sehingga munculnya FB terus lenyap friendster ni huhu

** sapa baca habis confirm kaki friendster.

Thursday, 24 December 2015

New year Giveaway By Honeyonnee.

http://www.honeyonnee.com/2015/12/new-year-giveaway-by-honeyonnee.html
Klik Banner
Aku & Perfume

Pompuan dengan perfume ni kan ala-ala macam isi dengan kuku.Tak sah kalau perfume tak wujud dalam beg bagi setiap orang yang bergelar wanita ! paling kecik pon yang botol bentuk macam pen tu.Mudah dibawa kemana sahaja apatah lagi kalau perfume XANDRA bau wangian yang superb wangi yang tahan lama sehingga 8 jam.So bila guna perfuma ni, tak perlu lagi kita sembur banyak banyak kali kat baju kita. Sekali sembur dah mampu mengelakkan bau badan yang boleh mendatangkan ketidakselesaan pada diri kita ketika mendekatkan diri dengan kawan kawan. Alhamdulillah dengan izin Allah, De'Xandra mampu menyelesaikannya.( Acewahh dah serupa pomot barang XD ) Aku & Perfume bagai adik beradik kemana ada aq disitu ada perfume :P 

Jangan tunjuk minyak wangi kepunyaan anda yang best-best depan aku, sebab nanti aku akan gila ! haha hiperbola sungguh ayat. ya, aku akan gila sebab bagi lah perfume brand yang best-best, sure aku akan teruja tak ingat dunia. kelemahan aku bila pegi shopping ialah apabila lalu depan kedai minyak wangi dan kedai kosmetik. dua jenis kedai nie memang wajib untuk aku singgah.Sebab aq perempuan normal XD


Hukum Cukur kening

Petikan dari : Mohd. Farid Ravi Abdullah
Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

SOALAN:

Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata?. Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsung hilang keningnya.
Ia cuma untuk mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata bagi nampak kemas.

JAWAPAN: 

Tidak berdosa sekiranya untuk memperbetulkan atau mengelokkan dengan membuang atau mencabut bulu yang bertaburan di atas kelopak mata. Ini akan saya jelaskan pada perbincangan dalil-dalil yang berkaitan dengan persoalan ini.

Sebelum berbincang lebih jauh elok kalau kita lihat dulu asas kepada perkara ini. Wanita dalam bahasa arab di sebut dengan perkataan al-Mar'ah yang bermaksud suatu yang dipandang atau dilihat.

Kecantikan seseorang itu bermula dengan wajahnya. Sebab itulah kaum wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang beribu ringgit untuk tujuan mencantikkan wajah.

Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening. Sehingga persoalan kening begitu mendapat perhatian dalam Islam, terutamanya melalui hadis-hadis Rasulullah SAW. 

Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan kaum wanita yang keningnya bermasalah dari segi lebat atau nipisnya atau bulu kening bersambung antara kening kanan dan kiri.

Setiap manusia mahu dia tampil secara sempurna dan tidak menyakitkan mata orang yang memandang, apatah lagi menjadi perhatian sehingga membawa kepada suara-suara sumbang yang memperkatakan bulu keningnya.

Kaum wanita memang cerewet mengenai kecantikan wajah, dan tidak mahu wajahnya mempunyai cacat cela. Untuk mengatasi sebarang kekurangan kaum hawa ini akan berusaha untuk memperbaikinya. Sehingga kadang-kala mengenepikan tuntutan agama demi kepuasan diri sendiri tanpa mempedulikan apa kata agama dalam persoalan mencukur dan membentuk kening yang tajam, atau dicukur kening yang asal kemudian diganti dengan kening yang dilukis dengan pencil celak.

Di dalam kitab kitab-kitab hadis ada empat hadis yang membawa makna yang sama pada asasnya, namun setiap nas ada perincian yang membolehkan penghasilan hukum dalam persoalan yang dibincangkan.

Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah SAW. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah r.a mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.

Aisyah r.a menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu". Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.

Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya. 

Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.

Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)

Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.

Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian daripada wajah, bukannya wajah sebahagian daripada kening.

Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah. 

Sehingga keharusan diberikan kepada mereka yang mempunyai bulu kening yang panjang atau lebat untuk dipendekkan dan dikemaskan. Perbuatan yang ditegah dan dihukum haram adalah ke atas mereka yang mencukur habis bulu kening kemudian melukisnya dengan pencil celak. Maka golongan ini sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW yang dianggap sebagai kaum yang mengubah ciptaan Allah SWT.

Wallahualam...
Sumber: www.utusan.com.my

Dear Hawa,

Kecantikanmu sudah dicipta sejak kamu tercipta oleh Pencipta.
Jika awak mengubah nya, sungguh awak telah menghilangkn serinya.
Biar kecantikan itu, kecantikkan yang asli, bukan yang dilukis.

9 Soalan dari blogger Sarah lalala


Assalamulaikum & Salam 1 Malaysia 


Fuhh banyak soklan kena tagging ni hihi.Btw tenkiu blogger sarah lalala :D Sapa yang nak tag yan lagi dipersilakan yan sudi menjawab soklan-soklan yang ditanya :) Tag yan tawww XD

Nama panggilan dalam blog

Hmm nama panggilan ye?Hmm izyan / Yan :)

Currently studying or working? Kat mana?

Belum lagi masih menunggu dan menunggu keputusan samada boleh sambung ke degri atau idok..:) (Yan buat PJJ)

Paling minat dalam bidang apa?

Bidang melukis..:)

Suka baca buku/novel genre apa?

Novel tak suka baca.Yan suka komik genre komedi seperti komik Crayon Shin Chan.

Paling selalu bukak blog pukul berapa dan hari apa?

Tak menentu kadang-kadang bukak kadang-kadang tak sentuh langsung laptop hihi

Describe yourself personalities

Sukakan pada kekemasan,suka wana pink atau wana yang lembut-lembut ja atau lebih mesra wana yang tak menyakitkan mata hihi.Seorang yang gigih dalam membuat sesuatu selagi tak nampak hasil selagi tu akan terus berusaha,berusaha dan terus berusaha sehingga berjaya apa yang dibuat tu,seorang yang suka makannnn XD

Dah berapa lama/tahun berblogging?

June 2011 ( Dekat 5 tahun dah )

Describe blog 'sarahlalala' dengan ownernya sekali. [sokayy, i want a sincerly from yur heart :)]

Blog sarah lalala comel tengok ke header pon boleh baca ownernya ni kecik-kecik molek gitus hihi.Blog yang ringan tak mengambil masa yang lama bila masuk.Cara penulisan juga enjoy tak laa terlalu formal sangat boleh diktakan ala-ala santai macam ni lebih buat orang minat untuk membaca :)

Umur tahun 2015?

20 tahun 

Dah siap hihi -

10 Soalan dari Nik Ailya

Assalamualaikum & Hai chingu 

Terima kasih blogger Nik Ailya tag yan..:D Bawah ni soklan yang yan kena jawab jadi jom kita enjoyyy !! hahaha

Anda suka berblogging tak ? Kenapa ?

Yan suka blogging bila adanya masa yang terluang yan akan berblog.Macam yang yan cakap sebelum ni berblogging bila adanya mood.
Kenapa Yan suka berblog

1. Dapat kenalan atau kawan baru.
Haaa. Ini baru betul......................
Setakat itu sahajalah jawapannya. Taknak yan buat huraian panjang-panjang. 

2. Boleh menghulurkan bantuan walaupun saling tidak mengenali.
Ini adalah antara perkara yang betul-betul membuatkan yan rasa terharu. Walaupun berada nun jauh beribu batu, namun pertolongan tetap dihulurkan melalui perantaraan internet. Terima kasih...

3. Perkongsian yang bermanfaat.
Alhamdulillah, suka berkongsi akan sesuatu yang bermanfaat. Hati juga perlu untuk dijaga dalam berkongsi. Jaga hati kita daripada merasa riak, sombong dan bongkak serta jaga hati orang lain supaya tidak terguris dan terluka. Tujukan sesuatu teguran tersebut kepada diri sendiri terlebih dahulu. Orang yang membaca dan mendengarnya? Alhamdulillah jika mereka turut mengambil pengajaran darinya dan ia merupakan satu bonus yang cukup-cukup besar ganjarannya pada kita. Dengan ini kita takkan merasa kecil hati, marah, geram dan sebagainya jika teguran atau nasihat kita tidak diendahkan. Belajar mendidik hati..

Begitulah serba sedikit jawapan bagi persoalan tersebut. Markahnya 200/100... hahaha

Apa pendapat anda tentang orang yang mintak follow back, tapi dia tak follow pun blog awak?

Pendapat yan,yang tak suka blogger macam ni,acah-acah nak followers yang ramai acah nak jadi retis eleh pegilaaa cemuih aih.Jangan laa wat macam ni ingat nak sangat ke nak follow blog style "follow me back ni" tapi hakikat dia tak follow pon,janganlaa belajar menipu lama-lama mencuri kihkih

Berapa umur anda ?

20 tahun.Lagi 13 hari masuk 21 tahun (6/1/1995) hihi,insyaAllah sempena birthday yan nanti yan akan menganjurkan satu giveaway sebagai tanda menghargai followers yan.Doakan semoga semuanya berjalan lancar :P

Hadiah yang amat di-idam-idamkan ?

Hmmm setakat ni tak dak lagi dalam pemikiran hihi :P

Pukul berapa time anda tengah menaip ni ?

8.10 malam

Apa pandangan anda tentang blog saya ?

Blog nik ailya simple tapi cool sebab ada wana hitam putih yang buat blog nik ailya nampak lebih menarik jelas serta memudahkan orang lain bila membaca.Yan suka header Nik ni simple siap boleh bergerak ni baru dipanggil keunikkan lain dari yang lain hihi.Teruskan berblogging ye adik nik :D

Beauty product yang anda amat suka & effective ?

Tak dak huhu yan seorang yang tak kesah sangat pasal kecantikkan huhu

Website online yang jual beauty product ?

Yang yan tahu dianpixy je hihi :D

Benda yang perlu ada time travelling ?

Semestinyaa kena ada cameraa haha itu yang penting sebagai medium untuk dijadikan setiap detik lebih bernilai.Manalaa tahu 20 / 50 tahun akan datang boleh tengok balik pic-pic kita di zaman purba boleh kongsi kenangan dengan anak cucu cicit piuk miuk semua XD

Bussiness class ke economy class best lagi ?

Ni pasal kapal terbang ke?Oh my gosh yan pernah naik kapal terbang dua kali seumur hidup kes fobia nak naik tak lepas nak bernyawa huhu..Yan fobia pada ketinggian..Rela naik pengangkutan darat dari udara huhu..Kalau diberi peluang orang bagi free tiket flight yan tak maw ambik huhu (T^T).Jadi conclusion nya dua-dua jenis yan tak suka huhu

Dah abih hihi -

Wednesday, 23 December 2015

Ditag oleh Nurul Fadhilah @ Fadh

Assalamualaikum,hai 

Terima kasih kepada adik fadh tag akk yan ni.Hihi sekali lagi kena tagging.Sorry kepada semua yang tinggal jejak sebelum ni yan lambat balas,bukan sebab bebai atau merajuk dengan blogspot kes culik pengikut yan tempoh hari tapi sebab yan pergi membawa diri ke negeri orang kihkih xdak la gurau yan pegi bercuti ke cameron highlands ari ahad lepas sampai senin.Maaf ye semua,btw insyaAllah mood rajin sikit nanti yan updatee post sepanjang dua hari satu malam ke sana ye stay tuned :D Macam banyak sangat nak cerita pasal kat sana jadi mungkin ada part 1 part 2 kod hihi.Ok jom nak jawab soklan adik ni panjang dah membebal dalam entri ni hihi

Antara soklan-soklannya adalah jeng-jeng

Haiwan yang ditakuti?

Haiwan yang ditakuti adalah lipan eeeyekk.Semua adik beradik baka-baka lipan segala keturunan lipan yan tak sukaaaaaa geli aihhh.Kalau diberi byk pilihan haiwan paling digeruni yan pilih lipas sebab utama ciri lipas paling benci bila dia bukak sayap acah-acah comel tu terus yan jadi hilang kawalan haha 
Tiba-tiba rasa macam ada lipan kat laptop nak keluar melalui screen OMG !
Kalau korang ada bff (kawan baik), korang sanggup ke buat surprise birthday utk dia? Nak buat mcm mana? Kalau yg pernah buat, sharelah sikit

Ada bff tapi kita jarang jumpa sebab masing-masing duduk jauh.Kalau sambut birthday pun kita just makan-makan spend time ramai-ramai.Tak dak la nak buat suprise birthday party ke hapa.Paling biasa pun kita ramai-ramai pegi berkelah ke tasik wat BBQ disiang hari :P macam tu ja hihi.Biasala meningkat dewasa ni kurang sikit bab suprise ni huhu
Macam ni saja cara kami berjimba-jimba sambut birthday gugurl hihi
Study dkt mana?

Tak sambung lagi study baru tengah menunggu result berjaya ke idok nak sambung ke degri.Yan buat pjj ja..:)

Suka bergambar tak?

Of Cos laa haha
Selfie last sebelum checkout
Peace olls ni salah satu pic dekat cameron highlands :P
Describe diri korang

Seorang yang rajin,gigih nak melakukan sesuatu selagi apa yang dihajatkan tu tak tercapai lagi,Seorang yang suka kepada kekemasan tak suka bersepah,kalau bersepah takut terserempak dengan lipan (-_-').Suka pada wana yang lembut-lembut,suka makan ❤ haha 

Suka blogger yang jenis mcm mana?

Sejujurnya ni yan suka blogger yang tak sombong yang tak pilih kasih bila berblogging.Tak nak blogger yang memilih sampai nak berblog pun tengok dulu tuan tanah tu agak macam dia nak yang segeng dengan dia ja.Blogger macam ni tak patut berblog kalau hidup berkelompok macam tu.Dah nama pun blog kita berada dibawah satu komuniti salahkah kalau kita ni menjadi seperti sebuah keluarga?

Sejarah wujudnya blog korang?

Sejarah wujud blog yan ni bermula hanya sebagai suka-suka ja sebab tengok macam best je macam cantik ja haha.

Rajin join GA/SEGMEN atau suka share stories/tips je?

Semua yan suka tapi ada tapi juga.Yan update short story bila ada mood ja.Kadang-kadang mood kelaut tu yang menyebabkan yan rajin setakat join GA/SEGMEN je huhu.

Sihat? ;p

Amboiii fadh hihi soklan cepumas ni hihi.Alhamdulilah sihat setakat ni..:P

Apa komen korang tentang blog aku? Hahahahahahaha (JUJUR TAUUUU)

Pendapat yan tentang blog fadh ni blog yang penuh infomasi,comel macam tuan blog jugak hihi,blog yang serba serbi biru lawa wana faveret yan lembut-lembut tu ajin singgah blog fadh :P Lagipula blog fadh ni laju je loading tak sampai seminit dah boleh scroll banyak entry hihi.Btw tahniah adk fadh terpilih antara blog terkemas dalam blog sis ombak bergigi ^^

- Have done -

Ok ni 10 soklan yan kepada bloggers yang lain :D

1-Perkenalkan diri awak
2-Apakah warna kegemaran awak
3-Kenapa pilih wana blog awak tu
4-Apakah haiwan piliharaan awak?*Jika ada nyatakan..
5-Suka pakai jam kiri ke kanan?Kenapa pakai jam belah tu
6-Suka pink?
7-Tempat yang awak ingin pergi bila melancong
8-Apakah nama artis pujaan awak
9-Suka makan durian tak
10-Siapakah idola awak

Nanti yan update calon-calonnya hihi :P

Perempuan wajib baca


MAKANAN YANG HARUS DIELAKKAN KETIKA HAID

Kekejangan dan sakit adalah hal yang umum pada perempuan yang sedang haid . Rasa sakit pada saat haid itu boleh semakin parah bila perempuan salah memilih menu makanan.


Makanan yang salah boleh mempengaruhi keparahan dan lamanya pra-haid dan kekejangan haid yang menyakitkan. Penyebab yang paling umum dari kram menstruasi adalah prostaglandin, sejenis bahan kimia yang terjadi secara semulajadi dalam tubuh yang menetapkan ketegangan otot.


Menyekat makanan tinggi gula dan garam juga dapat mengurangkan kembung dan perubahan suasana hati. Selain mengubah diet, salah satu hal yang paling penting yang boleh anda lakukan adalah meningkatkan tahap aktiviti.


Ini beberapa makanan yang sebaiknya dihindari ketika sedang haid, seperti dipetik
Livestrong, Isnin (28/5/2012):

1. Coklat
Elakkan kafein dalam makanan seperti coklat, teh, soda dan kopi selama kitaran haid. Kafein menyempitkan pembuluh darah dan membuat dehidrasi tubuh, yang boleh menyebabkan sakit kepala dan dapat meningkatkan kegelisahan selama tempoh haid sehingga menyebabkan ketidakselesaan haid.

2. Produk susu
Susu mengandungi asid arachadonic, yang dapat meningkatkan pengeluaran prostaglandin. Kerana prostaglandin dilepaskan ke dalam tubuh, rahim memberi respons dengan menyebabkan kekejangan atau kejang.

3. Makanan olahan
Mengurangkan pengambilan natrium atau garam akan mengurangkan retensi air dan kembung. Elakkan makanan dalam tin, makanan olahan seperti daging tin dan produk keju, sos dan MSG, serta setiap makanan bungkusan yang mengandungi natrium 200mg atau lebih per porsi.

4. Makanan yang bergoreng
Makanan tinggi lemak seperti daging, susu penuh lemak, gorengan dan minyak meningkatkan kadar estrogen dalam tubuh. Perubahan estrogen boleh menyebabkan perubahan rahim yang dramatik dan menimbulkan kekejangan dan rasa sakit.

Tuesday, 22 December 2015

Segmen Bloglist #1 by Fieyqa Adelova

Klik Banner
Tag 1 , 2 & 3

YEAR END GIVEAWAY BY IMASHUE

Klik Banner
TARIKH TUTUP GIVEAWAY : 30 DISEMBER 2015

Tag 1 , 2 & 3

First Mini Giveaway by Tashira

Klik Banner
DUE DATE SEHINGGA 7 JANUARY 2016

Giveaway Hujung Tahun 2015

Klik Banner

Saturday, 19 December 2015

Lost My Followers


Fuh kiri fuh kanan banyaknya kena unfollow dari 4329 tinggal 4229 (Sekarang 4223) dah kenapa?Masalah blogspot remove dengan sendirinya atau memang followers angkat kaki secara berjemaah dari blog ni?Kalau benar saya diunfollow sendiri oleh pengikut,So k saya faham siapala saya (Ayat pasrah) ,lagi pula saya tak kejar sangat followers ^^ Alhamdulilah setakat sini saja kita berkenalan lepasni kalau awok-awok nak follow balik follow je ler saya tak kesah (saya tak bomoh orang aihh haha).Saya mintak maaf kalau saya banyak kekurangan sepanjang saya menulis atau mungkin juga secara tidak sengaja saya menguris perasaan awak-awak saya mohon ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki.Selepas ini saya akan cuba slow-slow perbaiki kelemahan saya.

Wake up la yan oii. Kan mula-mula blogging lagi dah wat warning kat diri sendiri, kita nie blogging bukan nak carik follower semata-mata. Baru hilang follower yang ciput cam tu dah gelabah dah macam hilang anak. Kelaut terus niat asal nak berblogging. I blog for my readers and not for a follower number. Tapi saya tak menolak untuk follow memfollow nie. Best gak kalu ramai yang follloq^^. So jangan la segan-segan nak follow.Cuma lagi suka kalau ada yang baca and comment kat post tanda support. And i surely will comment at your blog.Ini just my own view pasal follower nie. Terpulang pada tuan blog tu sendiri nak jadi yang mana. Saya as 'junior' blogger nie, i love stepping OFF my blog to be active reader. That's my mission. Cewah! macam poyo pulak. Tak pa, pelan-pelan. Doakan saya berjaya eh.

Hampa pulak cana? Adakah sama kita senasib kena remove dari friendlist?.Sila berikan komen anda.

P/S: Encik blogspot yang disayangi dah laaaaaaaa culik pengikut aku.Ambik sikit-sikit dah laaa..Tamak betul blogspot ni.Pang sedaih baru reti.(T^T)

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :) Fikir semula sekiranya anda ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.Anda akan didakwa sekiranya berbuat demikian.Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..Teruskan pembacaan anda.