https://izyanyancinnamon.blogspot.com


About Me Exchange links Giveaway 2015 Home Kesihatan Tips

Thursday, 24 December 2015

10 Soalan dari Nik Ailya

Assalamualaikum & Hai chingu 

Terima kasih blogger Nik Ailya tag yan..:D Bawah ni soklan yang yan kena jawab jadi jom kita enjoyyy !! hahaha

Anda suka berblogging tak ? Kenapa ?

Yan suka blogging bila adanya masa yang terluang yan akan berblog.Macam yang yan cakap sebelum ni berblogging bila adanya mood.
Kenapa Yan suka berblog

1. Dapat kenalan atau kawan baru.
Haaa. Ini baru betul......................
Setakat itu sahajalah jawapannya. Taknak yan buat huraian panjang-panjang. 

2. Boleh menghulurkan bantuan walaupun saling tidak mengenali.
Ini adalah antara perkara yang betul-betul membuatkan yan rasa terharu. Walaupun berada nun jauh beribu batu, namun pertolongan tetap dihulurkan melalui perantaraan internet. Terima kasih...

3. Perkongsian yang bermanfaat.
Alhamdulillah, suka berkongsi akan sesuatu yang bermanfaat. Hati juga perlu untuk dijaga dalam berkongsi. Jaga hati kita daripada merasa riak, sombong dan bongkak serta jaga hati orang lain supaya tidak terguris dan terluka. Tujukan sesuatu teguran tersebut kepada diri sendiri terlebih dahulu. Orang yang membaca dan mendengarnya? Alhamdulillah jika mereka turut mengambil pengajaran darinya dan ia merupakan satu bonus yang cukup-cukup besar ganjarannya pada kita. Dengan ini kita takkan merasa kecil hati, marah, geram dan sebagainya jika teguran atau nasihat kita tidak diendahkan. Belajar mendidik hati..

Begitulah serba sedikit jawapan bagi persoalan tersebut. Markahnya 200/100... hahaha

Apa pendapat anda tentang orang yang mintak follow back, tapi dia tak follow pun blog awak?

Pendapat yan,yang tak suka blogger macam ni,acah-acah nak followers yang ramai acah nak jadi retis eleh pegilaaa cemuih aih.Jangan laa wat macam ni ingat nak sangat ke nak follow blog style "follow me back ni" tapi hakikat dia tak follow pon,janganlaa belajar menipu lama-lama mencuri kihkih

Berapa umur anda ?

20 tahun.Lagi 13 hari masuk 21 tahun (6/1/1995) hihi,insyaAllah sempena birthday yan nanti yan akan menganjurkan satu giveaway sebagai tanda menghargai followers yan.Doakan semoga semuanya berjalan lancar :P

Hadiah yang amat di-idam-idamkan ?

Hmmm setakat ni tak dak lagi dalam pemikiran hihi :P

Pukul berapa time anda tengah menaip ni ?

8.10 malam

Apa pandangan anda tentang blog saya ?

Blog nik ailya simple tapi cool sebab ada wana hitam putih yang buat blog nik ailya nampak lebih menarik jelas serta memudahkan orang lain bila membaca.Yan suka header Nik ni simple siap boleh bergerak ni baru dipanggil keunikkan lain dari yang lain hihi.Teruskan berblogging ye adik nik :D

Beauty product yang anda amat suka & effective ?

Tak dak huhu yan seorang yang tak kesah sangat pasal kecantikkan huhu

Website online yang jual beauty product ?

Yang yan tahu dianpixy je hihi :D

Benda yang perlu ada time travelling ?

Semestinyaa kena ada cameraa haha itu yang penting sebagai medium untuk dijadikan setiap detik lebih bernilai.Manalaa tahu 20 / 50 tahun akan datang boleh tengok balik pic-pic kita di zaman purba boleh kongsi kenangan dengan anak cucu cicit piuk miuk semua XD

Bussiness class ke economy class best lagi ?

Ni pasal kapal terbang ke?Oh my gosh yan pernah naik kapal terbang dua kali seumur hidup kes fobia nak naik tak lepas nak bernyawa huhu..Yan fobia pada ketinggian..Rela naik pengangkutan darat dari udara huhu..Kalau diberi peluang orang bagi free tiket flight yan tak maw ambik huhu (T^T).Jadi conclusion nya dua-dua jenis yan tak suka huhu

Dah abih hihi -

2 comments:

Nik Ailya Saffaa Nik Hisham said...

Assalamualaikum, hehe excellent la kak yan!! terima kasih jawab!! :)

sofie adie said...

suka2 jawapan yan...muda lagi dari saya rupanya...^_^!


Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :) Fikir semula sekiranya anda ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.Anda akan didakwa sekiranya berbuat demikian.Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..Teruskan pembacaan anda.