https://izyanyancinnamon.blogspot.com


About Me Exchange links Giveaway 2015 Home Kesihatan Tips

Monday, 14 December 2015

Cantikkan kulit wajah dengan ais kiub

Pernahkan mendengar rawatan kecantikan menggunakan kuib ais ? Adakah rawatan kuit menggunakan kuib ais ini benar - benar berkesan ? Moh la kita tengok apa faedahnya membuat rawatan kulit menggunakan kuib ais .
Cantikkan Kulit Wajah Dengan Ais.

Cantikkan Kulit Wajah Dengan Kuib Ais.

Ada beberapa manfaat yang boleh dapat apabila membuat rawatan kulit wajah menggunakan kiub ais pada waktu pagi dan malam . Mudah sahaja sebenarnya cantikkan kulit wajah dengan kiub ais ni .

Manfaat cantikkan kulit wajah menggunakan ais :-

1- Kiub Ais Menjadikan Kulit Bercahaya
Bila anda meletakkan kiub ais di atas kulit anda , kiub ais tersebut akan membantu melancarkan peredaran darah di mana kulit anda akan kelihatan sihat bercahaya secara semulajadi . Untuk memberikan kesan yang lebih , anda boleh juga menggunakan kuib ais buah- buahan ke atas wajah anda .

2- Kiub Ais Dapat Mengurangkan Noda
Penggunaan kuib ais dapat mengurangakan noda pada wajah dan radang serta kemerahan jerawat . Anda boleh terus meletakkan kiub ais ke atas jerawat untuk beberapa saat sehingga merasa kebas . Anda boleh lakukannya setiap pagi dan malam.

3- Kiub Ais Dapat Merawat Bulatan Hitam
Kombinasi jus timun dan air rose yang membeku boleh diletakkan di bawah mata atau lingkaran hitam . Ianya dapat mengurangkan bengkak bawah mata akibat tidur lewat malam .

4- Kiub Ais Sebagai Penyegar Kulit
Kiub ais merupakan pelancar atau penyegar kulit yang murah . Anda boleh menggunakannya sebelum memakai alat solek supaya liang - liang pori mengecil . Keadaan itu akan menjadikan bedak asas anda lancar dan sempurna .

5- Kiub Ais Sebagai Pengganti Alat Solek
Anda tidak punya banyak masa untuk memakai alat solek ? Jadi , letakkan sahaja kiub ais di wajah anda menggunakan kain balut . Ianya akan menjadikan wajah anda kelihatan berseri dan semulajadi tanpa penggunaan sebarang alat solek .

6- Kiub Ais Menghalang Kedutan
Penggunaan kiub ais pada wajah dapat melambatkan wujudnya garis - garis penuaan serta mengurangkan garis - garis penuan yang sedia ada .

Tips Penting Yang Perlu Anda Tahu Apabila Menggunakan Kiub Ais Pada Wajah.

1- Penggunaan kiub ais berkesan tanpa dibalut tetapi anda perlu sentiasa menggunakan sarung tangan supaya anda boleh memegang kiub ais dengan mudah .

2- Menggunakan kiub ais yang berbalut ke atas wajah akan memberi kesan yang sama sekiranya anda meletakkan kiub ais tanpa membalutnya .

3- Sejuk yang melampau akan menghentikan kapilari di bawah kulit . Oleh itu , jangan meletakkan kiub ais kosong yang baru sahaja dikeluarkan dari peti sejuk ke atas wajah anda .

4- Anda juga dilarang menggunakan kiub ais kosong ke atas kulit wajah yang sudah rosak kapilarinya atau meletakkan kuib ais terlalu lama .

5- Sekiranya anda merasa tidak selesa , berhentilah . Elakkan meletakkan kiub ais di satu - satu tempat melebihi 15 minit .

6- Anda boleh mengisi kiub ais dengan air rose , lemon , teh hijau , teh chamomile , timun dan bahan lain yang mesra kulit mengikut keperluan kulit wajah anda .

Mesti hampa suka bila baca manfaat kiub ais ke atas kulit wajah dan tips - tips penggunaan kiub ais . Apa lagi , jomlah cuba . Nak membuatnya pun senang je . Cuma hampa kenalah merajinkan diri . Sambil goyang kaki tengok drama korea ke sambil letak kuib ais pada wajah . :P
 
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Vote Me ! Click Here Tenkiu
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

9 comments:

Syaza Raihanah said...

Banyak sebenarnya kebaikan ais ni selain ditambah dalam minuman...

Azlinda Azman said...

tips berguna ini

Aqilah Azmi said...

tapi sejukkk T_T

Izyan Yan Cinnamon said...

@Syaza raihanah:Tula kan byk kegunaan ais ni ^^
@Azlinda:InsyaAllah boleh cuba pasni..:)
@Aqilah:haha kan asa kebas ja bila biaq lama-lama ais kt kulit tapi best (>.<)

Karimah Zulkafali said...

Boleh try ni hihi :D

Noratiqah Adib said...

try jommm

Izyan Yan Cinnamon said...

jom :D

Ayuni Sara said...

hihihi...tips berguna. nt nk try

Izyan Yan Cinnamon said...

ok..:)


Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :) Fikir semula sekiranya anda ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.Anda akan didakwa sekiranya berbuat demikian.Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..Teruskan pembacaan anda.