https://izyanyancinnamon.blogspot.com


About Me Exchange links Giveaway 2015 Home Kesihatan Tips

Wednesday, 16 December 2015

Plan nak bercuti ke Cameron tapi....


Assalamulaikum,

Mencari sesiapa yang sudi kongsi dengan saya tentang Cameron Highlands sila munculkan diri anda

Macam ni nak cita,percutian ni adalah lokasi pilihan yang terakhir,family plan nak bercuti ke Cameron Highland dalam dua hari satu malam (sekejap ja sebab plan nk pegi tempat lain pulak (>_<) lebih kurang macam short vacation la.Sebelum kami tukar plan dan pilihan lokasi ke cameron , kami plan nak ke melaka tetapi Family terpaksa tukar plan memandangkan Melaka banjir so kita family cancel nak ke sana bagi mengelak kejadian yang tidak diingini walaupun ada setengah tempat yang tak kena tempias ni.

Jadi selepas planning bercuti ke melaka terpaksa cancel,lepastu family plan nak ke langkawi tapi harapan punah serta "terbantut" gara-gara ketiadaan tempat penginapan,kemudian berlakula seperti apakan daya tak dak rezeki kami lagi kerana kebanyakkan hotel semua dah penuh.Yang tinggal kat pekan kuah,kita baru nak angan-angan nak cari yang berdekatan dengan Pantai Chenang ( Acah nak felin-felin duk hawaii ).Jadi akhirnya family bercadang nak ke Cameron Highland.

Nak bertanya macam mana keadaan dekat sana,jalan macam mana berlaku jem yang teruk sangat ke atau apa saja yang boleh suggest kat saya..Tengah dalam planning nak survey,kami ambik penginapan di hotel copthorne cameron highland.Jadi boleh bantu saya bagi maklumat/nasihat tentang tempat yang best-best yang boleh dikongsi bersama.Cerita sikit pengalaman dekat sana sikit pon jadi laa bagi terbukak sikit "minda" orang baru macam saya nak jejak kaki ke sana..Terima Kasih.Lebih ok kepada sapa-sapa yang dah sampai ke cameron dalam tahun 2015 ni ( kalau ada yang baru pergi dalam bulan 11/12 tahun ni adalah sangat dialu-alukan).

P/s:Saya survey ni sebab ada terbaca dalam blog ada yang cakap macam teruk sangat jem betul ke?Dengan tanah runtuh lagi..Pliss Bantu saya nak tahu maklumat mengenai keadaan kat sana samada yay or nay?Berharap cuaca elok sepanjang perjalanan.Amin.

 
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Vote Me ! Click Here Tenkiu
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

7 comments:

Liyana said...

selalunya kalau bercuti sebab nak berehat , santai-santai memang kami akan pergi cameron . tapi selalunya weekend atau hari perayaan confirm akan jam gile sampai pernah kami stuck tak bergerak langsung (( time tu raya cina taksilap )) so, masa paling ideal isnin-rabu la kut . hehe . liyana pernah pergi ada satu taman bunga kat situ , lawa-lawa bunga dia . tapi tempat tu kecil je la . huhu , taktahu apa yang menarik sangat kat sana sebenarnya . tapi kalau nak try askrim homemade , kami paling suka YZ punya (( kalau taksilap namanya tu kut. kat tempat tu ada 3 jenama cawangan la and dia dekat atas sekali )) sebab aiskrimnya yang kat situ tak terlalu manis dan strawberry nya pun rasa la . just nice to eat la . hihi .

maaf tulis berjela-jela tapi macam tak membantu pun . hihi .

The Talking Diary

Aqilah Azmi said...

Umm sadly.... i cant help u bcs i never been there :( </3
Huhuhu sorry!

Izyan Yan Cinnamon said...

@Liyana:mcm mna sepanjang perjalanan?jalan bukit2 tu teruk sgt x?Ada yang ckap tinggi kan tempat tu laluan pulak sempit satu lorong katanya.huhu

Izyan Yan Cinnamon said...

@Aqilah :alaa yeke huhu xpe2 t yan sampai sana boleh rasa pengalaman berada disana sikit2 update dlm blog (kalau kerajinan la hihi)

Shikin Razali said...

Kalu dari pengalaman akak la, lebih baik Yan lalu ikut Tol Simpang Pulai daripada Tol Tapah.. Sebab jalan Tapah memang teruk sikit daripada Simpang Pulai, dan jalannya pun besar daripada Tapah... Memang ada orang cakap ikut Tapah lagi dekat daripada Simpang Pulai, tapi kalu nak selamat dan elak lori besar2, lebih baik ikut Simpang Pulai..

Macam sis Liyana cakaplah, kalu pergi hari minggu, memang ramai orang, kadang2 jammed kat satu tempat jual pelbagai sayur/buah di Kea Farm... Tapi kalu hari bekerja memang tak ramai orang..

Yang paling best, Yan boleh beli jagung mutiara yang boleh makan begitu jea sebab isinya manis dan dijual agak murah jika dibandingkan dengan tempat lain... Banyak lagi sebenarnya Yan boleh pergi contohnya taman rama-rama, ladang teh Cameron Valley dan Tanah Rata...

Yan boleh baca entri akak sebelum nie sebab situ akak berceloteh semasa pergi ke sana...

http://starlavenderluna.blogspot.my/2011/07/24th-july-2011.html

http://starlavenderluna.blogspot.my/2011/07/25th-july-2011.html

http://starlavenderluna.blogspot.my/2011/07/26th-july-2011.html

http://starlavenderluna.blogspot.my/2011/07/27th-july-2011.html

Izyan Yan Cinnamon said...

@Kak Shikin : Ar ah tu la.Ada gak ckp masuk simpang pulai.Ada wat kajian sikit melalui blog org lain hihi..ok yan g baca jap hihi.Yan pegi ahad ni sampai senin ja hihi..tima kasih kak bg tips sikit :D

Shaq Zulqarnain said...

pernah pegi untuk study trip tapi bukan time weekend.. kalo naik bas seriau sikit nyawa coz jalan nak naik pun agak sempit..

kalo pegi jalan lupa singgah BOH Gallery.. cantik! Lavender Garden, Strawberry Garden and kalo ada rezeki boleh tengok Ferrari Porsche buat konvoi..!

and paling best jgn tak pegi pasar malam tanah rata.. org ckp best! sadly sebab masa x cukup, sy x sempat pegi sobbing TT


Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :) Fikir semula sekiranya anda ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.Anda akan didakwa sekiranya berbuat demikian.Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..Teruskan pembacaan anda.