https://izyanyancinnamon.blogspot.com


About Me Exchange links Giveaway 2015 Home Kesihatan Tips

Wednesday, 9 December 2015

Teknik Feng Fu?


Sedikit perkongsian ilmu utk manfaat kita bersama.... 

Tahukah Anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika ditempelkan dgn ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita. 

Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera. Badan kita akan terasa ringan dan bertenaga. 

 Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan lebih muda. 

Tempat tersebut ialah bertitik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung. 
Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”. 

Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pads titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi.Di samping itu, memberikan stimulasi emosional yang positif dan 'meremajakan' seluruh tubuh. 

Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang. 

Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi ini ternyata lebih efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan. 
Terapi ini juga dapat meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar, kerana teknik ini menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah Teknik ini mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit

Pada awalnya mungkin kita akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat. 

Menempelkan ais pada titik Fung Fu berkhasiat untuk:-

1. mengatasi sakit kepala dan migrain
2. meringankan sakit gigi dan sakit sendi
3. mencipta kesan relaks
4. meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan
5. meningkatkan kualitu tidur
6. memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular
7. mengatasi asma
8. mencegah sering bersin dan hidung berair
9. mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang
10. membaiki sistem pencernaan
11. menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual; 
12. mengatasi kegemukan dan masalah pemakananz
13. mengatasi gangguan kelenjar tiroid
14. membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi 
15. menghilangkan selulit
16. mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan
17. mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia

P/s: Banyak manfaat yang dapat kita pelajari melalui teknik Feng Fu.Yan pernah cuba masa sakit kepala yang amat sakit yan ambik ketulan ais letak dibelakang tengkuk insyaAllah dengan izin Allah S.W.T hilang kesakitan tu..Semoga bermanfaat buat kalian semua..:D

2 comments:

Syaza Raihanah said...

Thanks for sharing. Lepas ni boleh cuba :)

Aqilah Azmi said...

malam ni jgk qila cuba!
maceh izyan!!!1 <3


Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :) Fikir semula sekiranya anda ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.Anda akan didakwa sekiranya berbuat demikian.Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..Teruskan pembacaan anda.