https://izyanyancinnamon.blogspot.com


About Me Exchange links Giveaway 2015 Home Kesihatan Tips

Saturday, 2 January 2016

8 Resipi Mudah Untuk Detoks


Assalamualaikum and haiii chingu 

Sapa kat sini yang tengah berusaha atau tengah cari tips nak kurus?Hangkat tangan !! Hihi kat sini aku nak kongsi sedikit Tips/Cara nak menghasilkan detox dengan mudah serta tak memakan duet yang banyak.Just Follow tips ni.
1. OREN + LEMON + HALIA
Buah oren membantu dalam peredaran darah yang sihat. Lemon pula membantu dalam pencernaan (menyegarkan nafas), dan halia bagus untuk sistem imun.
2. TIMUN, RASPBERI DAN ANGGUR
Timun adalah penghidratan dan menyingkirkan toksin. Raspberi pula mempunyai ciri-ciri anti-radang, dan kandungan anggur melawan kanser dan pembersihan kompaun.

3. RHUBARB, EPAL DAN KULIT KAYU MANIS
Rhubarb mengandungi vitamin K untuk membantu pembekuan darah dan epal mengekalkan kesihatan tulang dan tisu badan. Kayu manis pula merupakan salah satu herba berkesan sebagai penggalak metabolisme badan.
4. STRAWBERI + LIMAU
Strawberi penuh dengan anti-oksidan dan limau pula sangat baik sebagai senjata anti penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut, kulit dan kuku.
5. NANAS + DAUN PUDINA
Nanas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sakit sendi dan arthritis, dan daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan.
6. TEH HIJAU + DAUN PUDINA + LIMAU
Ia bagus untuk membakar lemak, penghadaman, sakit kepala dan menghilangkan bau mulut.
7. STRAWBERI + KIWI
Bagus untuk kardiovaskular, perlindungan usus dan kitaran gula darah.

8. TIMUN+ LIMAU + LEMON
Sesuai bagi mengawal nasfu makan, penghidratan, elak perut kembung dan kekal kurus.

Aku buat detox selalunya paling bajet jaa haha buh air suam - sebijik lemon (dihiris) - kemudian buh semua tu dalam botol - buh dalam peti sejuk semalaman.Bangun pagi confirm kelat pahit smua ada..Sebab pati buah lemon keluar bila biar lama-lama dalam botol.Hampa yang nak kurus boleh amalkan minum detox ni.Tak sampai sebulan dah boleh turun berat badan.Aku punya tips nak cepat turun lagi minum detox setiap pagi sebelum sarapan lepastu pergi joging.Memang berkesan :D

6 comments:

Nadya Syamimi Mat said...

Tenkiu untuk resepi ni :D

Aqilah Azmi said...

THANK U SO MUCH I RLLY NEED THIS THANKS HUGS

Unknown said...

setakat ni amal minum green tea atau lemon saja, itu pun dah rasa refresh :)

Izyan Yan Cinnamon said...

Nadya Syamimi Mat : WC..:)

Izyan Yan Cinnamon said...

Aqilah Azmi : Haha ok welcome XD

Izyan Yan Cinnamon said...

Farhana Zukri : Sedap tuh,tambah green tea dah cukup segarr :)


Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :) Fikir semula sekiranya anda ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.Anda akan didakwa sekiranya berbuat demikian.Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..Teruskan pembacaan anda.