https://izyanyancinnamon.blogspot.com


About Me Exchange links Giveaway 2015 Home Kesihatan Tips

Monday, 4 January 2016

Betul ke?Omg ada cacing !

Betul ke kalau suka tonggek atau gatal lubang dubur...ada CACING? Betul ke mkn ubat cacing waktu BULAN TURUN?...."

Sumber dari FB : "Doc ada apa benda bergerak2 di dubur anak saya? Doc pun cek....masyallah cacing terkodek2....apa lagi doc kapit dgn forsep & tarik keluar....hi hi hi..panjang mcm "mee". Ibu nya rasa geli & termuntah2. Pernah kes seorg kanak2 gatal punggung..doc touch...tu dia cacing kerawit ramainya keliling lubang jubur berdisco!!...hi hi hi.

1. Jangkitan cacing berlaku drp pencemaran tanah yg tercemar dgn telur cacing. Telur ni mencemarkan tanaman & tangan anda. Tangan & makanan yg X dibersihkan menyebabkan telur cacing dimakan & larva menetas dlm usus anda.

2.Ingat cacing hidup dlm badan semua manusia...kanak2 atau anda yg dewasa yg rendah immune & kebersihan x dijaga.
3.Ubat cacing diambil setiap 6 bulan selepas anak 1thn 6 bln. Ubat Albendazole/Mebendazole yg hapuskan Cacing Kerawit, Cambuk, Gelang, Kait, Pita, Trikinella & Cacing Benang. Ia halang penyerapan gula pd cacing & cacing kehilangan tenaga & KO.
4.Cacing bkn dlm usus saja. Tpi boleh merayap ke - mata, hati, paru-paru, hati, gallbladder & salur darah.
5.Jangkitan cacing juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit dari haiwan peliharaan anda spt kucing /anjing & lain2 binatang peliharaan..

B.Tanda-tanda anda ada infeksi cacing:-
* Keluar cacing drp lubang najis, atau nampak cacing pd najis.
* Gatal dubur.
* Sakit perut - cirit-birit, kembung, sembelit
* Anemia - kurang darah krn ada cacing yg hisap darah anda.
* Keletihan luar biasa - lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
* Tiada selera makan, pucat,
* Kurang berat badan wlpun selera makan adak
* Menggisir gigi ketika tidur malam.
* Batuk teruk berpanjangan, batuk berdarah, asthma sbb cacing di paru2.

C. Cara-cara elak jangkitan cacing.
* Amalkan kebersihan diri & rumah - cuci tangan sebelum & selepas makan.
* Cuci tangan selepas keluar tandas. Ingat basuh tangan sebelum mkn.!!
* Cuci tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan anda.
* Pakai kasut bila keluar rumah sbb ada cacing blh masuk menerusi kulit anda.
* Basuh sayur-sayuran & buah-buahan dgn teliti terutama yg dimakan mentah.
* Makan ubat cacing setiap 6 bulan.
* Wanita mengandung & bayi bawah 1 tahun dilarang mkn ubat cacing !

D.Kesan sampingan infeksi cacing.
1. Perut tersumbat dgn cacing. Tak blh berak. Muntah x henti. Perut kembung.Operate buangkan cacing tu.
2. Larva cacing boleh pi ke paru-paru & anda batuk serta lelah. 
3. Cacing yg banyak pd usus besar dan rektum boleh akibat usus terkeluar dr lubang dubur.
4.Ada cacing hisap darah kita mcm dracula & menyebabkan kita kekurangan darah atau anemia. Anemia ganggu tumbesaran kanak-kanak & kegagalan jantung.

Jgn pandang acuh tak acuh..Bahaya tak cacing ni ??
Nak habak ni...Petua Tok nek kata: 
Jangan mkn kelapa..nanti cacing dlm perut. Nak bunuh cacing :
1.Makan buah tomato mentah atau
Makan atau minum bawang putih samada makan mentah, atau bakar dan dicampur dalam minyak kelapa dara atau minyak zaitun.
2.Minum air kelapa.Makan lobak merah mentah atau jus carrot setiap pagi.
3.Nenas muda diparut, diperah. Tambah madu atau sirup gula batu.

Sumber : Dr Abdul Rahim.

11 comments:

Unknown said...

serius ah? takuttnyaaa..actually geliii.

Hami Asraff said...

Dulu waktu kecik-kecik selalu la dengar "kalau tak pakai kasut nanti cacing masuk kaki". Haha tinggal kenangan.

Nur Khairul Azizi said...

Memang pun dalam badan kita ada cacing..Oleh itu kenalah makan ubat cacing..Minta khidmat nasihat dari doktor.. :)

Unknown said...

geli betul cacing duk tergedek-gedek kat dubur. huhu.

Afidah Azmi said...

dulu masa kecik ada gak la cacing..gatai2 kat punggung..la ni tak ada dah..sebab 24 jam pakai kasut..tapi ikutkan semua daripada kita pernah gak alami benda ni kan

Aqilah Azmi said...

huhuhu new year ni kena mkn ubat cacing thanks izyan ingatkan!! <3

Unknown said...

apapun jaga kebersihan diri

MaisarahSidi said...

bahaya jugak cacing ni

Izyan Yan Cinnamon said...

huhu kan..btw tq komen ^^

merosnordn.blogspot.com said...

Geli pulak... kena jaga kebersihan betul2 supaya kecacingan boleh di elak..hehe

Izyan Yan Cinnamon said...

hihi ^^


Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :) Fikir semula sekiranya anda ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.Anda akan didakwa sekiranya berbuat demikian.Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..Teruskan pembacaan anda.