Yang tak nak makan nasi tu #jangankecam saya ye..saya nak bagitau utk orang yg nak kurus dan makan nasi je. Tiada paksaan dalam makan nasi. Hehe.
Ramai orang tanya saya boleh tak nak makan bihun, mee, roti atau kuewtiaw utk ganti nasi. Saya jawab lebih elok awak makan nasi. Nak lagi bagus makan nasi perang. Kalau tak ada nasi perang nasi biasa dgn porsi yg betul iaitu sebesar penumbuk awak tu.
Lauk pula, ambil yg tinggi protein seperti ikan, ayam dan telur. Elakkan makan daging kalau nak kurus. Daging tinggi kalori dan lemak. Masak tanpa minyak dan gula. Masakan yg suggest seperti sup ayam, sup telur, ayam bakar, pais ikan, asam pedas ikan.
Sayur pula yg tidak ditumis. Boleh celur, stim atau buat kerabu.
Sambal belacan, kicap boleh ambil dalam kuantiti sedikit utk penyedap rasa.
Nak buat diet ni berpanjangan kena la sedap ye tak? Kalau x sedap, tersiksa tekak alamatnya tahan 1hari je la.
Pelbagaikan menu setiap hari supaya tidak bosan.
Oh ya. Dalam masakan gunakan boleh gunakan rempah tapi elakkan gula dan serbuk perasa macam chicken stok atau ikan bilis stok..stok ni adik beradik ajinamoto juga. Jadi elakkan ya. Bawang halia serai tu nak letak banyak mana pon boleh.
*picture & resepi credit to team #14dayseatcleanchallenge.
Selamat mencuba!
4 comments:
hehehe qila pun sdg CUBA omg. im trying soooo hard not to eat nasi that much hehe. Before ni mcm byk nasi lauk sikit hihi sekarang terbalik kan. Biar lah gemuk pun. Malas fikir dah. Nak sihat je heheheheehehe. Tapi sihat = kurus hahahha. Takpe, allah tengok usaha. #tetiba.
hihihi thanks izyan! <3
kalau nak gemuk pulak..hihihi
Nak gemuk punya! nak gemuk punya! XD
boleh je makan nasi kalau nak diet tapi portion memang kena kecil :)
Post a comment