https://izyanyancinnamon.blogspot.com


About Me Exchange links Giveaway 2015 Home Kesihatan Tips

Sunday, 3 January 2016

Patut direnungkan untuk wanita muslimah


Ada Seorang gadis membeli sebuah Iphone6.
Smartphone tersebut telah dilengkapi dengan pelindung skrin dan ‘flip cover’ yang tak kalah cantiknya. Dia menunjukkan smartphone barunya tersebut ke ayahnya.

Lalu, sebuah percakapan yang cukup menggugah pun dimulai :
Ayah: Wah, telefon yang canggih. Berapa harga yang harus kamu bayar untuk itu ?
Anak Perempuan: Saya membayar 700 dolar untuk telefon ini Ayah, 20 dolar untuk penutup telefonnya, serta 5 dolar untuk pelindung skrinnya.
Ayah: Oh, mengapa kamu menambahkan pelindung skrin dan penutup telefonnya ? Bukankah kamu dapat berjimat 25 dolar untuk hal itu?
Anak Perempuan: Ayah, saya telah menghabiskan 700 dolar untuk mendapatkan telefon ini. Jadi apa alasan saya tidak mengeluarkan 25 dolar untuk keselesaannya ? Dan lihatlah, penutup ini juga membuat teleponku nampak lebih cantik bukan?
Ayah: Bukankah itu suatu penghinaan bagi perusahaan Apple, Inc. Bahawa mereka tidak dapat membuat produk Iphone yang tidak cukup sempurna?
Anak Perempuan: Tidak, Ayah! Mereka juga syorkan kepada penggunanya untuk menggunakan pelindung skrin dan penutup telefon ini untuk keselesaannya. Dan saya tidak mahu terjadi sesuatu yang dapat membahayakan Iphone baru saya ini.
Ayah: Apakah itu tidak akan mengurangi keindahan telepon itu?
Anak Perempuan: Tidak. Disebabkan itu membuatkan telefon saya lebih cantik.

Lalu, sang Ayah menatap putrinya dan tersenyum dengan rasa kasih sayang. Sang Ayah pun berkata, 
“Putriku, kamu tau Ayah sangat menyayangimu. Kau membayar 700 dolar untuk membeli Iphone ini, serta 25 dolar untuk melindunginya"

Aku telah membayarkan seluruh hidupku untukmu, lalu mengapa kamu tak menutup auratmu dengan hijab untuk keselamatanmu sendiri?

Telefon ini, kelak tidak akan dipertanyakan di akhirat nanti. Namun kelak aku akan ditanya oleh Allah SWT tentangmu, putriku. (T^T)

5 comments:

Cik Roxa said...

huuu, sayu baca... tersentuh hati... ayah dia T_T baiknya berbicara

Unknown said...

subhanallah..indahnya islam..bayarlah segala jasa ayah dengan menutup aurat. tq for sharing

Aqilah Azmi said...

GULP.
huhuhu syg ayah!! <3
hehehehe qila pun tgh cuba tutup fully heheeheheheh

Aqilah Azmi said...

THANKS IZYAN!!! <3

Izyan Yan Cinnamon said...

wc ^^


Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :) Fikir semula sekiranya anda ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.Anda akan didakwa sekiranya berbuat demikian.Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..Teruskan pembacaan anda.