https://izyanyancinnamon.blogspot.com


About Me Exchange links Giveaway 2015 Home Kesihatan Tips

Sunday, 17 January 2016

Petua Merawat Kuku kaki dan tangan dengan Pokok Semalu.

Pokok semalu yang dicabut menggunakan playar (keseluruhan pokoknya termasuk akar) direbus di dalam periuk hingga menggelegak.

Biarkan sejuk sedikit kemudian masukkan air itu ke dalam besen atau baldi, masuk kan kaki atau tangan dan rendam di dalam air rebusan itu.

Air rebusan ini cukup baik untuk mengekalkan kelembapan tangan dan kaki, menghilangkan gatal-gatal tangan dan kaki akibat 'makan sebayan' (loghat Kelantan) atau tangan dan kaki 'dimakan' dek air atau istilah saintifiknya, Athlete's foot dan juga cekam pada kuku tangan dan kaki.

Gatal-gatal tangan jenis ini dan juga tangan (keliling kuku) yang agak merah dan bengkak-bengkak (semacam dipenuhi air) - biasa dialami mereka yang banyak 'main air' seperti tukang masak, tukang cuci pinggan dan tukang cuci baju (basuh tangan).

Sumber orang yg memberi petua ini juga adalah pengusaha warung yang setiap pagi memasak pelbagai hidangan untuk sarapan dan juga makan tengah hari dan melihatkan tangan (akibat banyak 'main air' dalam proses memasak) dan kakinya, tiada langsung kesan jenis kerja tersebut pada tangan dan kakinya (akibat berdiri hampir sepanjang hari - tiada langsung pecah tumit dan sebagainya!!) - She is a living proof! Petua di ataslah yang diamalkan olehnya selama berpuluh tahun lepas.

Credit info dari : Che Murad Abdullah

5 comments:

Suria Amanda said...

First time tau ni...thanks sharing

CXopportunities said...

Okay cx baru tahu. Boleh cuba. Memang cx tk pernah dengar petua ni hehe

nora razalli said...

new info ni :)
thanks sharing

My New Blogger said...

wow...boleh share ni...
satu petua yg baik..
terima kasih ats perkongsian

Fieyqa Adelova said...

Nice sharing. Tp skrg jarang dh jumpa pokok semalu ni hahaha


Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :) Fikir semula sekiranya anda ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.Anda akan didakwa sekiranya berbuat demikian.Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..Teruskan pembacaan anda.