https://izyanyancinnamon.blogspot.my


About Me Exchange links Giveaway 2015 Home Kesihatan Tips
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Saturday, 24 September 2016

Petua #1 : Cara Jadikan Daging Cepat Empuk

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
1) Semasa merebus atau memasak daging,masukkan sebatang camca kecil ke dalam periuk. Dipercayai camca ini menyerap lebih haba / kepanasan yang membantu proses melembutkan daging.

2) Anda juga boleh memilih untuk memasukkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan atau rebusan daging,jika tidak mahu menggunakan camca seperti petua di atas.

3) Selain itu,anda juga boleh masukkan beberapa tangkai daun betik ke dalam masakan untuk melembutkan daging.

4) Jika tiada tangkainyanya,anda juga boleh menggantikannya dengan betik muda.Pastikan anda kupas kulitnya,buang biji serta bersihkannya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mana-mana masakan berasaskan daging.

5) Kepingan tempe juga selalu digunakan untuk melembutkan gulai daging. Hanya masukkannya ke dalam masakan dan biarkan.

6) Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang 15 minit.Selepas itu toskannya hingga kering,lalu masak seperti biasa. Anda hanya perlu memastikan api dapur berada pada tahap sederhana ketika masakan daging itu hampir menggelegak. Hasilnya daging lebih cepat empuk dan rasanya juga amat sedap.

7) Anda juga boleh cuba menggunakan keratan batang ubi kayu.Pastikan batang ubi kayu itu dibersihkan terlebih dahulu.Masukkan ke dalam periuk ketika ia sedang mendidih sahaja. Biarkan selama 10 – 15 minit,lalu angkat serta asingkan batang ubi kayu tersebut.

8) Gaul daging bersama tepung dan perapkan dengan kicap selama 30 minit sebelum dimasak.

9) Tumbuk lumat buah keras,lalu masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk.

Friday, 19 February 2016

Bento yang comel

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

U olzzz penah ke dengar word 'Bento'?Yan kira secondtime lah dengar bento ni.Bento ni adalah menu yang popular dijepun.
" Bentō (弁当 atau べんとう?) atau o-bentō adalah istilah bahasa Jepun untuk makanan bekal berupa nasi dan lauk-pauk dalam bungkusan praktikal yang boleh dibawa dan dimakan di tempat lain.Bento dibeli atau disiapkan sendiri di rumah. Ciri khas bentō adalah susunan jenis lauk dan warna agar sedap dipandang serta mengundang selera "
Bento adalah istilah bahasa Jepun untuk makanan bekal berupa nasi berikut lauk pauk dalam kemasan praktis yang bisa dibawa-bawa dan dimakan di tempat lain. Sepertinya nasi bungkus, bento bisa dimakan sebagai makan siang, makan malam atau bekal piknik.
Ok... Bento rupanya bekal seperti nasi yang complete dengan lauk pauk. Pada pemahaman yan juga, ciri-ciri bento juga harus melibatkan penyediaan makanan seimbang atau complete dengan zat atau nutrisi makanan termasuk buahan dalam bentuk yang menarik. Hihi.. yan tak pernah lagi bekalkan seperti bento "zaman muda" dulu-dulu Hehe. Tak kisahlah, istilah yang kita guna sekarang, apa-apa bekal dari rumah pon kita panggil "bento".Bento amat sesuai untuk anak-anak yang kurang gemari makan sayur2.Salah satu cara agar anak mudah makan sayur cer cuba setiap pagi sediakan sarapan yang ringkas seperti sayur carrot ke atau apa saja yang anak-anak tak suka makan tu,cuba olah kearah bentuk yang menarik,pasti anak-anak suka.Yang pastinya ia mudah dihasilkan,tak perlula nak cantek-cantek sangat ala-ala kadar pon dah cukup hehe

Yang ni comell olls,i fans Dato Vida ok *Jangan Kecam saya* ;P
Alolo comeynyaaaa
Unik buah epal tu hehe
Ada bran ke nak makan?
My Fav Movie ( Shin Chan )
Hey Arnold !
Gantok pulak tengok bekal camni hehe
Semua bento terlalu comel untuk dimakan,tambah yang bentuk muka-muka cegitu lagi tak sampai hati nak makan hahaa

Credit to : Wikipedia & Mykidsbento

Thursday, 21 January 2016

Jom buat ais krim Malaysia :D

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Masa saya tergodek-godek dalam facebook,saya terjumpa satu resepi yang memang jarang orang buat resepi ni.Resepi Aiskrim Choki-choki.Memang nampak sedap lagi-lagi layan waktu panas yang dijangka sampai bulan tiga mcm ni..Saya penah tengok aiskrim ni basic pon perisa milo,bandung,asam boi dan paling simple sekali perisa jagung.Tapi aiskrim yang bakal saya kongsi ni unik sikit perisa choki-choki tak terfikir lak :D Boleh cuba lepasni.


Kredit : Mommy Jelita

Monday, 18 January 2016

Minum air lemon panas boleh mencegah kanser

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Minum air lemon panas boleh mencegah kanser | Jangan tambah gula. Air lemon panas lebih bermanfaat drp air lemon sejuk. Ubi keledek kuning dan ungu mempunyai zat yang baik untuk mencegah kanser.
1. Kerap mengambil makan tengah malam boleh meningkatkan peluang kanser perut
2. Jangan mengambil lebih daripada 4 biji telur seminggu.
3. Memakan punggung ayam boleh menyebabkan kanser perut.
4. Jangan mengambil buah-buahan selepas makan. Sepatutnya diambil sebelum makan.
5. Jangan ambil teh ketika tempoh haid.
6. Kurangkan pengambilan susu soya, tiada gula tambahan atau telur ke dalam susu soya.
7. Jangan makan tomato dengan perut kosong.
8. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makan untuk mengelakkan hempedu batu karang.
9. Tidak makan 3 jam sebelum waktu tidur.
10. Kurangkan minum teh tarik, tiada nutrisi tetapi boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi.
11. Jangan makan roti bakar ketika masih panas dari ketuhar atau pembakar roti.
12. Jangan mengecas telefon bimbit atau sebarang peranti bersebelahan anda ketika tidur.
13. Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing.
14. Minum air lebih banyak pada waktu siang dan kurang pada waktu malam.
15. Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik.
16. Kurangkan makan makanan yang berminyak. Ia mengambil masa 5-7 jam untuk dicerna, menjadikan anda letih.
17. Selepas 5 petang, kurangkan makan.
18. Makanan yang menbuatkan anda segar.. ikan laut dalam, pisang, limau gedang, roti mil penuh, bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, ayam, ceri.
19. Tidur kurang daripada 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak. Tidur sebentar pada waktu tengahari (qailulah) boleh mengekalkan rupa muda.
Air lemon panas boleh mengekalkan kesihatan dan membuatkan anda hidup lebih lama.
* Air lemon panas boleh membunuh sel kanser *
Tambahkan air panas dengan 2-3 hirisan lemon. Jadikannya minuman harian.
Kepahitan dalam air lemon panas adalah bahan untuk membunuh sel kanser. Air lemon sejuk hanya mempunyai vitamin C, tiada pencegah kanser. Tomato yang dimasak mempunyai penyembuh berbanding tomato mentah.
Air lemon panas boleh mengawal pertumbuhan kanser tumor.
Ujian klinikal telah membuktikan kajian air lemon panas.

Air lemon panas boleh mencegah darah beku.

Wednesday, 6 January 2016

MAKAN NASI UNTUK KURUS!!

Yang tak nak makan nasi tu ‪#‎jangankecam‬ saya ye..saya nak bagitau utk orang yg nak kurus dan makan nasi je. Tiada paksaan dalam makan nasi. Hehe.

Ramai orang tanya saya boleh tak nak makan bihun, mee, roti atau kuewtiaw utk ganti nasi. Saya jawab lebih elok awak makan nasi. Nak lagi bagus makan nasi perang. Kalau tak ada nasi perang nasi biasa dgn porsi yg betul iaitu sebesar penumbuk awak tu.

Lauk pula, ambil yg tinggi protein seperti ikan, ayam dan telur. Elakkan makan daging kalau nak kurus. Daging tinggi kalori dan lemak. Masak tanpa minyak dan gula. Masakan yg suggest seperti sup ayam, sup telur, ayam bakar, pais ikan, asam pedas ikan.

Sayur pula yg tidak ditumis. Boleh celur, stim atau buat kerabu.
Sambal belacan, kicap boleh ambil dalam kuantiti sedikit utk penyedap rasa.
Nak buat diet ni berpanjangan kena la sedap ye tak? Kalau x sedap, tersiksa tekak alamatnya tahan 1hari je la.
Pelbagaikan menu setiap hari supaya tidak bosan.
Oh ya. Dalam masakan gunakan boleh gunakan rempah tapi elakkan gula dan serbuk perasa macam chicken stok atau ikan bilis stok..stok ni adik beradik ajinamoto juga. Jadi elakkan ya. Bawang halia serai tu nak letak banyak mana pon boleh.
*picture & resepi credit to team ‪#‎14dayseatcleanchallenge‬.
Selamat mencuba!

Monday, 4 January 2016

Sotong Tempura

Tempura bermaksud saduran rangup yg ringan dan berongga. Ia tidak keras berkeping2 sebaliknya ia lebih crunchy. Tekstur saduran seakan2 'twisties' dan tidak flaky.Ramai mengeluh buat sotong tempura ; tepung tanggal / tepung keras / lemau / meletop / minyak jd itam. Hari ni sy nak share resepi dan teknik utk sotong tempura yg rangup dan salutan yg ringan. Sy sertakan sekali tips kepekatan batter (bancuhan) yg betul.



Semangkuk sotong. Sy guna bhagian 'ring' je sbb kepalanya buat tomyam hihi. Susun gini atas napkin. Elak susunan yg menakung air. Teknik ni bertujuan menyejat air sotong & memendekkan masa menggoreng supaya sotong kekal lembut.

*Knp sotong slalu jadi bom bila digoreng? Inilah sbbnya..sbb air dlm sotong membuak keluar bila panas. Air tu yg tendang tepung smpai tanggal.











Amik satu lg napkin letak atasnya dan tekan2 perlahan utk serap airnya. Biarkan sebentar. Napkin bior yg elok skit. Takut koyak jadi sotong pakai napkin pulak. Guna sapu tgn pon blh.









Dalam bekas berpenutup: 

1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu teh baking powder (wajib ada utk efek bubble rangup)
1 sdt garam
secubit kunyit (jgn byk nanti jd merah)
Kacau rata adunan ni dahulu
kemudian barulah masuk sotong, tutup & goncang bekas.
Pastikan goncang rata. *ini bahan asas. Jika nak letak rempah
kering lain silakan.






Hasilnya gini. 

Kemudian ambil sotong. Asingkan masuk tpt lain.










Tepung yg tinggal dari adunan goncang tadi di campur pula dgn air sejuk. (Air berais: airnya sahaja)
Ujian utk dpt konsistensi kepekatan yg betul :
Masuk air sedikit demi sedikit hingga dpt adunan spt dlm gambar. Uji dgn kaedah buat jalur pada sudu.

Kemudian sengetkan sudu. Pastikan jalur lambat bertaut tp mesti mengalir. Itulah kepekatan yg betul.
Celup sotong satu persatu dan goreng dlm minyak yg panas hingga keemasan. Pastikan celup keseluruhan. Tempoh menggoreng jgn terlalu lama. Maksima seafood dlm takat didih cuma 2 minit. Utk goreng cukup sekadar seminit. Bergantung saiz sotong dan suhu.







Perhatikan saduran tepung nmpak ringan dan sedikit gelembung. Rangup sadurannya tetapi isinya kekal lembut. Selamat mencuba ! (^_^)

Tuesday, 8 December 2015

Tomyam Campur

Gambar tiada kaitan dengan resepi tomyam :P
Tomyam yg sedap ialah tomyam yg pedas2 sikit,masam2 sikit,cukup segala rasa,memang la sempurna..hihihi


Ni bahan2 nya..tgk la ye..Kuantiti ayam ialah setengah ekor ayam..tu halia muda ye..Just Follow step by step.Kalau tak tahu bahan tu tanya eh?

Cara-cara memasak 




1. Panaskan minyak anggaran dalam 3 sudu,leburkan serai 5 btg (dititik)atau bahasa mudah diketuk,daun limau purut 6 helai (dikoyak2) dan tomato sebiji belah 4..tumis sampai naik bau.







2. Masuk bahan blend (bwg besar,bwg putih dan halia muda..blend halus n last skali masuk cili api n blend pusing dua kali je)..tumis sampai betul2 masak dan naik minyak.









3. Guna dua sudu besar pes tomyam thai ni..klau dpt yg Prae nom tu lg best cuma stok yg ada cuma yg ni..best juga..tumis skali dgn bahan blend tadi sampai garing.











4. Masuk ayam yang dipotong kecil,dan dibersihkan tadi.  









5. Masuk air 5 cawan..tutup kuali dan biar masak lama2 dlm 10 minit..











6. Amik air limau nipis (3biji) dan asam jawa besar suku bola pingpong..amik air asam jawa tu sikit dan campur dalam jus limau nipis tu.











7. Masukkan jus limau dan asam jawa tadi..masuk garam secukup rasa..biar menggelegak ganas.










8. Masuk sayur campur tadi (saya letak jagung muda,kobis bunga dan cendawan tiram..





9. Masak dalam 5 minit lagi dan SIAP!!

Thank you kepada : Aisha Shukor

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :) Fikir semula sekiranya anda ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.Anda akan didakwa sekiranya berbuat demikian.Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..Teruskan pembacaan anda.