https://izyanyancinnamon.blogspot.my


About Me Exchange links Giveaway 2015 Home Kesihatan Tips
Showing posts with label Saja Kongsi. Show all posts
Showing posts with label Saja Kongsi. Show all posts

Saturday, 24 September 2016

Petua #1 : Cara Jadikan Daging Cepat Empuk

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
1) Semasa merebus atau memasak daging,masukkan sebatang camca kecil ke dalam periuk. Dipercayai camca ini menyerap lebih haba / kepanasan yang membantu proses melembutkan daging.

2) Anda juga boleh memilih untuk memasukkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan atau rebusan daging,jika tidak mahu menggunakan camca seperti petua di atas.

3) Selain itu,anda juga boleh masukkan beberapa tangkai daun betik ke dalam masakan untuk melembutkan daging.

4) Jika tiada tangkainyanya,anda juga boleh menggantikannya dengan betik muda.Pastikan anda kupas kulitnya,buang biji serta bersihkannya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mana-mana masakan berasaskan daging.

5) Kepingan tempe juga selalu digunakan untuk melembutkan gulai daging. Hanya masukkannya ke dalam masakan dan biarkan.

6) Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang 15 minit.Selepas itu toskannya hingga kering,lalu masak seperti biasa. Anda hanya perlu memastikan api dapur berada pada tahap sederhana ketika masakan daging itu hampir menggelegak. Hasilnya daging lebih cepat empuk dan rasanya juga amat sedap.

7) Anda juga boleh cuba menggunakan keratan batang ubi kayu.Pastikan batang ubi kayu itu dibersihkan terlebih dahulu.Masukkan ke dalam periuk ketika ia sedang mendidih sahaja. Biarkan selama 10 – 15 minit,lalu angkat serta asingkan batang ubi kayu tersebut.

8) Gaul daging bersama tepung dan perapkan dengan kicap selama 30 minit sebelum dimasak.

9) Tumbuk lumat buah keras,lalu masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk.

Wednesday, 14 September 2016

Kenali apa itu charlie

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

CHARLIE
Nama Am: Kumbang Rove
Nama Spesis: Paederus fuscipes
Nama tempatan: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie

Kesan kepada manusia:

Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya.

Persentuhan semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.
Kesan2 gigitan charlie / Sumber pic google
Nasihat kepada yang dijangkiti:

Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.

Sumber : Facebook Amira Salwana

Saturday, 27 August 2016

Mengapa lubang hidung ada dua?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan kanan.

Apakah fungsinya sama?

Sebenarnya fungsinya TIDAK sama dan dapat kita rasakan bezanya.Sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan yang kiri mewakili bulan (mengeluarkan sejuk).Jika SAKIT KEPALA, cubalah MENUTUP Lubang hidung sebelah KANAN, bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.Jika merasa LELAH/PENAT, lakukan sebaliknya.Tutup lubang hidung sebelah KIRI dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan.Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri,sehingga hatinya MUDAH sekali sejuk.Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan,sehingga CEPAT sekali marah.Apakah Anda memperhatikan pada saat bangun,lubang hidung mana yang bernafas lebih cepat?Sebelah kiri atau kanan?

Jika lubang hidung kiri bernafas lebih cepat,Anda akan merasa sangat lelah.Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas,Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak,tetapi kesannya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.

Pada suatu malam,saya duduk menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri.Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh.Saya terus melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang, sakit kepala saya tidak kembali lagi.Luar biasa, sungguh sempurnanya pengaturan ciptaan Allâh. 

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Inshaa ALLAH.....

Sumber: Ustaz
Ahmad Nasir

Friday, 18 March 2016

"Selamat tinggal sayangku..." (T_T)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Haii olls,masih kah ingat entry yan pasal henset yan yang note 2 screen retak tu?Ok yan dah pusing-pusing area kangar cari kedai yang paling murah dalam perlis ni  untuk baiki screen yang retak ni.Alhamdulilah yan dah dapat kedai tu tapi kannnnn tak dak pun sebenarnya harga paling murah semua harga lingkungan Rm 250 +.Oh ya henset yan ni kan retak pada lapisan screen pertama je bukan LCD lapisan paling sensitif tu tapi yang lapisan yang atas saja.Untuk pengetahuan awak,yan beli samsung ni tak dapat pon tempered free kena pasang sendiri.Itu sebabla bila kena lempaq henset tu berlaku keretakan pada screen,kalau LCD yang rosak huiii nahaiiii.Syukur la sebab rosak dekat screen saja bukan LCD.LCD tu yan ada tanya jugak,berapa kalau nak tukar kan,lepastu banyak-banyak kedai yang pergi tu,satu ja kedai yang cas Rm 700 +.Kedai lain semua Rm 500 dan kebawah.Kedai yan pergi baiki ni kedai kat sederet Klinik Dr.Othman *Orang perlis tahu* iaitu kedai celcom,sini saja paling kurang cina tu kasi diskaun Rm 260.Ollss RM 260 taw !!Bagi yan murahla sebab kedai lain tak dapat la harga ni.Murah sebab apa?sebab yan mintak suruh dia pasang sekali dengan tempered glass.Mana nak dapat harga tu?Mula mintak dia tak nak bagi,dy kata total semua rm 300.Yan mintak jugak-jugak sampai dapat dah bosan gamaknya dia pon kasi laa Rm 260 diskaun termasuk harga pasang untuk tempered glass.Satu tempered glass original berharga Rm 45 *Kualiti terbaik*.Harga untuk baiki screen saja Rm 255.So kalau total dua-dua tu tanpa diskaun dah Rm 300.Jadi dah dia bagi diskaun yan save Rm 40 kt situ.

So tadaaaa akhirnya hehe.
 
Tapi ada jugak yan survey lama jugak la keluar semata cari tempat tuk baiki benda alah ni.Ok ada satu kedai ni jual aksesori untuk iphone.Yan tanya dia boleh ke terima untuk baiki model samsung,dia balas boleh tapi kena cas Rm 250 nett makna harga lebih mahal lah lagi huhu.Awad tak taw mahai sangatt nak tukaq benda alah ni huhu.So dah boleh guna seperti biasa tanpa terganggu pandangan hihi.

*Aunty tu cakap "Brand samsung memang mahai maa"hmm yela aunty janji henset ni bertahan lebih lama lepasni.Memang selamat tinggal sayangku kepada Rm 260 tu (T_T) Pergila dengan sejahtera kepada tuan baru,aq lepaskan kau dengan hati yang ikhlas hahaha *Gurau*

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :) Fikir semula sekiranya anda ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.Anda akan didakwa sekiranya berbuat demikian.Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..Teruskan pembacaan anda.