https://izyanyancinnamon.blogspot.my


About Me Exchange links Giveaway 2015 Home Kesihatan Tips
Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Saturday, 24 September 2016

Petua #1 : Cara Jadikan Daging Cepat Empuk

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
1) Semasa merebus atau memasak daging,masukkan sebatang camca kecil ke dalam periuk. Dipercayai camca ini menyerap lebih haba / kepanasan yang membantu proses melembutkan daging.

2) Anda juga boleh memilih untuk memasukkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan atau rebusan daging,jika tidak mahu menggunakan camca seperti petua di atas.

3) Selain itu,anda juga boleh masukkan beberapa tangkai daun betik ke dalam masakan untuk melembutkan daging.

4) Jika tiada tangkainyanya,anda juga boleh menggantikannya dengan betik muda.Pastikan anda kupas kulitnya,buang biji serta bersihkannya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mana-mana masakan berasaskan daging.

5) Kepingan tempe juga selalu digunakan untuk melembutkan gulai daging. Hanya masukkannya ke dalam masakan dan biarkan.

6) Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang 15 minit.Selepas itu toskannya hingga kering,lalu masak seperti biasa. Anda hanya perlu memastikan api dapur berada pada tahap sederhana ketika masakan daging itu hampir menggelegak. Hasilnya daging lebih cepat empuk dan rasanya juga amat sedap.

7) Anda juga boleh cuba menggunakan keratan batang ubi kayu.Pastikan batang ubi kayu itu dibersihkan terlebih dahulu.Masukkan ke dalam periuk ketika ia sedang mendidih sahaja. Biarkan selama 10 – 15 minit,lalu angkat serta asingkan batang ubi kayu tersebut.

8) Gaul daging bersama tepung dan perapkan dengan kicap selama 30 minit sebelum dimasak.

9) Tumbuk lumat buah keras,lalu masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk.

Friday, 18 March 2016

"Selamat tinggal sayangku..." (T_T)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Haii olls,masih kah ingat entry yan pasal henset yan yang note 2 screen retak tu?Ok yan dah pusing-pusing area kangar cari kedai yang paling murah dalam perlis ni  untuk baiki screen yang retak ni.Alhamdulilah yan dah dapat kedai tu tapi kannnnn tak dak pun sebenarnya harga paling murah semua harga lingkungan Rm 250 +.Oh ya henset yan ni kan retak pada lapisan screen pertama je bukan LCD lapisan paling sensitif tu tapi yang lapisan yang atas saja.Untuk pengetahuan awak,yan beli samsung ni tak dapat pon tempered free kena pasang sendiri.Itu sebabla bila kena lempaq henset tu berlaku keretakan pada screen,kalau LCD yang rosak huiii nahaiiii.Syukur la sebab rosak dekat screen saja bukan LCD.LCD tu yan ada tanya jugak,berapa kalau nak tukar kan,lepastu banyak-banyak kedai yang pergi tu,satu ja kedai yang cas Rm 700 +.Kedai lain semua Rm 500 dan kebawah.Kedai yan pergi baiki ni kedai kat sederet Klinik Dr.Othman *Orang perlis tahu* iaitu kedai celcom,sini saja paling kurang cina tu kasi diskaun Rm 260.Ollss RM 260 taw !!Bagi yan murahla sebab kedai lain tak dapat la harga ni.Murah sebab apa?sebab yan mintak suruh dia pasang sekali dengan tempered glass.Mana nak dapat harga tu?Mula mintak dia tak nak bagi,dy kata total semua rm 300.Yan mintak jugak-jugak sampai dapat dah bosan gamaknya dia pon kasi laa Rm 260 diskaun termasuk harga pasang untuk tempered glass.Satu tempered glass original berharga Rm 45 *Kualiti terbaik*.Harga untuk baiki screen saja Rm 255.So kalau total dua-dua tu tanpa diskaun dah Rm 300.Jadi dah dia bagi diskaun yan save Rm 40 kt situ.

So tadaaaa akhirnya hehe.
 
Tapi ada jugak yan survey lama jugak la keluar semata cari tempat tuk baiki benda alah ni.Ok ada satu kedai ni jual aksesori untuk iphone.Yan tanya dia boleh ke terima untuk baiki model samsung,dia balas boleh tapi kena cas Rm 250 nett makna harga lebih mahal lah lagi huhu.Awad tak taw mahai sangatt nak tukaq benda alah ni huhu.So dah boleh guna seperti biasa tanpa terganggu pandangan hihi.

*Aunty tu cakap "Brand samsung memang mahai maa"hmm yela aunty janji henset ni bertahan lebih lama lepasni.Memang selamat tinggal sayangku kepada Rm 260 tu (T_T) Pergila dengan sejahtera kepada tuan baru,aq lepaskan kau dengan hati yang ikhlas hahaha *Gurau*

Thursday, 17 March 2016

Alhamdulilah perjalanan baru dalam hidup

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Alhamdulilah akhirnya berjaya dapat kerja.Inilah permulaan perjalanan yang baru.Merata hantar resume tapi satu pon tak lekat.Dan tady dapat panggilan dari sebuah syarikat swasta mengatakan yan diterima untuk berkhidmat dengan syarikat depa.Ya Allah gembira gilaa.Masa pergi interview tu ada 2 kekosongan jawatan sebagai kerani untuk bahagian GST dan Akaun.Yan tak dak sijil diploma / degree maka yan guna sijil STPM dan nak dikatakan rezeki dapat kerani tu dan di letakkan dibahagian GST.Banyak tempat yan cuba mencari kerja tanpa mengenal erti penat lelah *poyo* hantar resume pusing satu negeri perlis tapi tak dapat walaupun syarat kebanyakkan tempat tu memerlukan sekurangnya diploma tetapi yan tetap cuba.Sebab syarat minima kena ada diploma.Peluang guna sijil STPM agak tipis masa yan mohon huhu

Itula yan selepas abih STPM yan dapat tawaran sambung belajar tapi disebabkan kena jaga tok yan yang sakit tu yan terpaksa lupakan keinginan nak sambung belajar seperti pelajar lepasan STPM yang lain.Dekat dua tahun la jugak yan duduk rumah sambil tu yan join business partner dengan sahabat yan.Tak sia-sia la usaha yan selama ni naik turun cari kerja dengan keadaan sekarang yang agak susah nak dapat kerja.Motif yan cerita kat sini,tiada yang mustahil untuk malas bekerja.Rezeki Allah tu luas,atas usaha diri sendiri dapat memajukan diri.Lagipun yan sarankan mana yang lepasan STPM tu kalau tak dapat sambung mana-mana uni under kerajaan awak jangan putus asa,awak boleh apply under swasta.belajar la selagi masih muda.Kerja semakin lama semakin mencabar.Jika diberi peluang guna sebaik mungkin.Setakat Stpm tu semakin lama kedepan nanti dah tak laku sebagai contoh tengok pmr dengan spm macam mana.Kakak yan suka bagi ayat ni "Belajar STPM untuk sambung study".Stpm ni agak sedikitla peluang pekerjaan berbanding orang yang ada dip/dig.Rata-rata pekerjaan memerlukan sekurangnya dip dizaman penuh cabaran ni.

P/S:Isnin ni lapor diri ditempat kerja baru alhamdulilah.Nak tahu tak tempat yan kerja nanty ni dekat sangat dengan rumah  tak sampai 5 minit dah sampai tempat kerja hehe.

Segmen Cek Ungu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(a) Warna kegemaran Cek Ungu
Warna kegemaran cik ungu kan mestila wana ungu sebab blog cek ungu pon ungu,tulisan kat banner pon ungu,baju cek ungu masa kawen pon berwana ungu,jadi jawapan yan UNGU ! :D.Nak teka makanan faveret gak,makanan faveret cek ungu mesti buah yang berwarna ungu seperti terung*ado je terung hijau hehe*.Sedap oww terung tambah terung yang dibakar atas dapur lepastu potong kecik-kecik kemudian cicah aiq asam hehe.*Ok lari dari soklan muehehe..jangan marah ea*

(b) Bulan dan tahun Cek Ungu kawen
Cek ungu melangsungkan majlis perkhawinan pada bulan december tahun 2011 iaitu 9 haribulan 11 nikah,kemudian sanding pada 10 aribulan 11 diampang.Maap culik pic sis hehe minta kebenaran culik pic ni ea.Selamat pengantin baru sis,dah hampir 6 tahun (2011-2016) sis berumah tangga,semoga perkawinan sis dengan husband berkekalan hingga ke jannah dan diberkati oleh Allah S.W.T.InyaAllah amin.


Tag 1 , 2 & 3

Tuesday, 15 March 2016

MigrainKah Aku?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Tengah malam semalam,pertama kali rasa macam tetiba terasa berdenyut semacam je di kepala masalah bukan kepala saja tetapi tangkap sampai ke mata rasa macam nak terkeluar biji mata sakit yang amat sangat.. oh mannn rasa macam something ada melekat kat kepala nih.. tak boleh tahan terus cari panadol,aduhaiii malangnya nasib panadol ada dalam bilik mak ayah sekali bekas ubat (T_T) ayah pon demam myb faktor cuaca yang agak panas sekarang ni.Yan nak ketuk pintu asa bersalah sebab dah pukul 3 4 pagi tak kan nak ganggu depa kan huhu ya Allah, hanya tuhan yang tahu.. puas di picit-picit, ketuk-ketuk pala di dinding *Tipu je*di tekan-tekan kepala nih untuk redakan sakit.. mulut dah jampi serapah baca memacam..

Ini kali pertama yan rasa sakit macam tu.. kalau dulu nak sakit kepala pon hanya rasa macam berat je.. tandanya otak perlukan rehat.. ini tandanya apa?? nak suruh hempuk kat dinding?? Sekrang masih lagi terasa sakitnya kepala otak ni berdenyut2 tapi kurang dah sikit daripada semalam..Good Night *Dah insaf nak neno awai*

Saturday, 12 March 2016

Segmen TOP BLOGGER 2016 by NURZULFA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Kata-kata murni hehe 

"Kejayaan adalah suatu perjalanan bukannya suatu destinasi"

Tag : A , B , C , D & E

Voucher MBO untuk dilepaskan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Salam haii olss,Yan nak tnya kepada sapa2 yang berminat dengan voucher ni boleh Pm yan kat Fb.Yan dapat ni semasa menyertai GA dari sapa tah huhu lupa dah.Lepastu tujuan yan nak lepaskan adalah kerana voucher ni lambat sampai ke tangan yan walaupun tarikh diumumkan pemenang dah lama diumumkan.Kalau minggu lepas dapat ok la sebab ramai kawan-kawan yan balik sini minggu lepas ingat nak ngajak ler geng-geng tu tengok wayang tapi dah lambat semua pakat sambung study dah maka tak dak geng dah nak ngajak.Lagipun minggu depan sampai hujung bulan jadual yan full sibuk mengalahkan sebagai seorang student kahkah.Dari membazir yan nak kasi secara free kepada u olls,yan ada satu ni saja sapa cepat dia dapat ye ^^.Valid voucher ni 31/3/2016.Kalau nak sampai cepat awak terpaksa bayar poslaju la dalam Rm 4 untuk semenanjung,kalau sabah serawak yan tak pasti*Yan guna sampul poslaju insyaAllah dalam dua tiga hari sampai*.Kalau nak free pon boleh tapi kena tunggu lama sikit  myb dalam dua minggu baru sampai voucher ni ke tangan awak.Tujuan yan bagi bukan tak sudi terima voucher ni tapi masalah waktu yang semakin hari semakin sibuk jadi masa agak terhad sikit huhu.Terima Kasih kepada pemberi tersebut :) Lekaih Pm.

Oh yaa kalau cakap kenapa yan tak tolong bayarkan je kos penghantaran?Ok yan boleh support tapi dengan syarat yan nak orang tu betul2 susah tak mampu nak bayar dan teringin sangat nak tengok wayang.Itu yan akan support kos pengeposan,ni kalau ari-ari engkau makan makanan hipster,pakai ipong sampai ribu riban tak kan tak leh korban sikit rm 4 untuk pos,yang untung awak jugak dapat tiket sampai Rm 16 free lagi haaa.Yan tak ambik untung sesen pon hasil "gadai" voucher ni hakhak.Hyep tak nak ke?boleh tengok boboiboy dgn kungfu panda kod kat wayang hehe.Jadi Pm Kat Fb ye kalau berminat.PASTIKAN U OLLS MEMPUNYAI AKAUN CIMB senang boleh tranfer ganjil :)

Tuesday, 1 March 2016

Kucing tertua didunia

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Kucing tertua didunia ini diberi nama Corduroy, meow yang berusia 27 tahun.Jangka hayat seekor kucing normal majoriti dapat mencapai umur 11-12 tahun.Ada juga fakta yang mengatakan Kucing yang hidup di dalam rumah (indoor) biasanya berumur lebih panjang dibandingkan dengan kucing yang hidup di luar rumah (outdoor/stray cat). Kucing indoor dapat mencapai umur 16 tahun, bahkan ada yang mencapai 20 tahun. Rata-rata kucing outdoor maksima berumur 8 tahun.


Fakta menarik Umur kucing boleh dibandingkan dengan umur manusia

Ada beberapa versi perbandingan umur kucing dengan manusia, iaitu :

  • 1 tahun umur kucing = 6 tahun umur manusia. Jadi bila kucing tu berumur 7 tahun, ia seumur dengan orang berumur 42 tahun.
  • 1 tahun pertama, kucing setara dengan manusia usia 15 tahun. Tahun seterusnya 1 tahun usia kucing  sama dengan 4 tahun umur manusia. Jadi kalau contoh kucing tu berumur 7 tahun, ia setara dengan manusia berumur 15 + (6 x 4)=15 + 24= 39 tahun.
  • Ada juga yang menyatakan 1 tahun pertama, kucing sama dengan manusia usia 20 tahun. Tahun seterusnya 1 tahun usia kucing sama dengan 4 tahun umur manusia. Jadi kalau contoh kucing tu berumur 7 tahun, ia setara dengan manusia berumur 20 + (6 x 4)=20 + 24= 44 tahun.
Faham ? Tak faham kaji matematik hehe.Jom usha pic kucing yang tertua bernama Corduroy yang comel XD









Credit : Dunia Kucing Kampung

Monday, 29 February 2016

Menang GA dari Cik Akak

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Gambar tiada kaitan haha
Sudah dikreditkan ke dalam akaun yan alhamdulilah ^^
Review arini menang ga dari blogger cik akak.Tak mampu nk ungkap kan melainkan ungkapan alhamdulilah syukur kehadrat illahi ada rezeki menang GA cik akak.Memang tak sangka sangat tengok senarai pemenang kat2 list tu agak keciwa gak hehe nama tak dak kat situ,pastu scroll bawah2 lagi tengok sapa peserta bertuah menang rm 100 tu,slow ja scroll dengan bismillah sekali haaa Ya Allah terima kasih diatas rezeki mu huhu excited sampai terlupa nak masak tengahrai hehe.Untuk penaja rasmi ga iaitu cik akak,yan mendoakan semoga cik akk dimurahkan rezeki selalu dan semoga Allah merahmati hidupmu..:* *Muah ciked* hehe.Inila yang dikatakan tuah ayam nama dikaki,tuah manusia tiada siapa yang tahu :) Tahniah juga kepada semua ^^

Sunday, 28 February 2016

KENAPA AKU DIUJI ??

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Ankabut : 2-3 

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ??😞 
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 216

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ??😓
QURAN MENJAWAB:
Qs. Al-Baqarah : 286

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

KENAPA FRUST & STRESS ???😔
QURAN MENJAWAB :

Qs. Al-Imran : 139

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ???😥
QURAN MENJAWAB :

Qs. Al-Baqarah : 45

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”

APA YANG AKU DAPAT ???..
QURAN MENJAWAB :

Qs. At-Taubah : 111

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang muk’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???😒
QURAN MENJAWAB :

Qs. At-Taubah : 129

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal”

AKU TAK SANGGUP !!!!..
QURAN MENJAWAB :

Qs. Yusuf : 12

“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”

InsyaAllah ayat-ayat di atas boleh menjadi pencerahan buat kita semua & selalu ingin menjadi yg terbaik dalam kehidupan..Alhamdulillah......
**Berpesan-pesanlah kamu walau sepotong ayat..
**Bermula satu ayat pasti ada sedikit perubahan di hati..
**Setiap makhluk Allah tidak lepas dari melakukan kesilapan..
**Bermaafanlah sebelum terlambat

Betul ke ni blog aku ? (T_T)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Hehe tajuk macam apa tah erkkk,apa kaitan dengan tajuk tu dengan blog?Yan rasa kan sejak dua menjak ni macam blog ni bukan blog yan hehe.Kenapa?Sebab hari semakin hari pageview meningkat wowww amazing *Lap air mata*terharu sangat jarang nak capai 1k pageview dalam satu hari,selalu sebulan sekali..Ke memang bukan blog yan ?hahaha.Apa apa pon yan mengucapkan ribuan berbanyakk banyakkkk tq pada visitor yan yang hari-hari datang jenguk yan yang kadang-kadang tenggelam timbul lemas dek kekosongan akal nak berkongsi dengan u olls yang dihormati sekalian huhu.Harap sangat awak datang hari-hari eh sebab nak merealisasikan impian PV yan 1Juta hehe :D

Terima kasih semua,pasni yan akan cuba lekatkan diri pada blog ^^

Saturday, 27 February 2016

3 Tanda apabila kucing datang pada kita bukan pada orang lain

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pernah tak bila kita tengh makan dikedai,tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita.Kenapa tak pada orang lain?Yan pernah alami situasi macam ni,ada beberapa perkara yang perlu kita tahu kenapa?sebab?dan mengapa kucing datang pada kita..

Yang Pertama

Allah sedang beritahu makanan kita bahawa hak kita itu bukan semuanya rezeki kita.Tetapi adalah sebahagian rezeki orang lain termasukla kucing mahupun peminta sedekah yang datang pada kita.Sebab itu kita kena berkongsi rezeki kerana pada masa yang sama Allah sedang menguji kita sebenarnya.

Yang Kedua

Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu,rezeki lain Allah akan ganti dengan yang lebih baik.Sebab 1 kebaikkan yang kita lakukan Allah akan balas 10 kebaikkan @ Pahala.Allah maha mampu serta maha pemurah lagi maha penyayang kerana Allah mampu memberi lebih daripada itu.

Yang Ketiga 

Tanpa kita sedari Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan walaupun sedikit pada kucing tersebut maka sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita.Rezeki itu luas,bukan hanya pada wang,tetapi meliputi semua kehidupan.Ingin iklas memberi,berilah kepada haiwan kerana haiwan tidak pandai ucap terima kasih kepada kita.Ia hanya tahu minta dan makan.Kita yang sempurna akal ni fikir-fikirkan laa..

Sesi Mengenali Ahli Blogger

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Klik Banner

Arini free maka nak tunaikan mana yang tertangguh tu dengan menjawab soklan yang ditag oleh owner Segmen sesi mengenali ahli blogger.Dah lama dah adik nabila ni ngajak join tapi disebabkan hal yang tak dapat dielakkan maka tertangguhlaa nak join segmen ni.Segmen ni berlangsung sepanjang 2016 tujuan ditubuhkan adalah untuk mengenali dengan lebih rapat antara blogger dengan blogger yang lain tidak kirala blogger tu newbie ke lama ke kita tetap adalah sebuah family walaupun dialam maya.

Soklan Pertama : Impian anda terhadap blog anda

Impian yan terhadap blog ni adalah berharap agar blog ni sentiasa memberi manfaat serba sedikit kepada orang lain agar bila yan dah tua nanti kan boleh jugak laa bagi "harta" ni kat anak cucu melihat apa nenek mereka buat masa zaman muda-muda dulu hehe.Tujuan utama adalah berharap blog ni berkekalan la sampai bila-bila jangan blogspot buat pangai sudah *terdey daii* jugak kang.*Gurau*
Selain dari itu,yan berharap satu hari nanti blog ni mencapai 1 juta pageview.Nak capai impian ni kena hajin hapdate blog selalu,mampu ke mak timah lakukan huhu *Doakan laa*.Lari sikit dari soklan,macam mana awak masukkan blog awak dalam paper eh?Nak jugakkkkkkkkkk (T_T)

Soklan Kedua : Biodata diri

Nama sebenar yan ialah Izyan Athirah Binti Jelani.Kenapa nama blog izyan cinnamon?izyan datang dari nama sendiri,cinnamon tercetusnya idea ada satu game ni dalam facebook nama "cinnamon" diberikan nama kepada satu haiwan ni hamster kalau tak silap yan lepastu terfikirla macam sedap kalau combinekan kepada izyanyancinnamon.Mesti orang akan ingat asal cinnamon ingat kulit kayu manis je hehe.Yan lahir di negeri Perlis Indera Kayangan.Berumur 21 Tahun pada tahun ni (2016).Pernah memenangi dalam beberapa acara anjurkan negeri perlis ketika masa dulu dan juga pernah mewakili negeri dalam pertandingan reka cipta dari barangan terpakai dan menang tempat pertama.Tarikh lahir saya 06 / 01 / 1995,Yan anak paling bongsu daripada tiga adik beradik,yang sulung kakak dan yang kedua abang semua dah kawen kecuali yan ja yang masih bujang.Yan mula berblog pada jun 2011 masa tu masa budak hingusan lagi.Idola yang tercetus yan sampai ke arini tentang blog adalah kak Lyssa Faizureen.Dia adalah sumber inspirasi yan dalam dunia blog ni,dia memberi tips serta tutorial dalam membina blog dari yan newbie sampailaa jadi macam sekarang.Terima kasih kak lyssa buat tuto tu,yan belajar buat blog pon berpandukan tutorial dia.Lama kelamaan makin mahir dah hehe.

Soklan Ketiga : Ajak Blogger lain sertai

Nak ajak sapa eh?yan nak ajak semua yang mana terlibat dalam blogspot menyertai segmen ni.Tag satu dua macam tak puas gak eh sebab sikit yang yan boleh kenal huhu,sekarang yan tag semua sapa yang tengah baca entry yan sekarang ni hehe..Awak join tawww *Tium Ciked*.Awak join yan bagi coklat parero rocel lima bijik kat awaaaa XD

Soklan Keempat : Cara menghubungi

Fb : Izyan Athirah Binti Jelani
Emel : Izyanyancinnamon@gmail.com
Wassap : 01*-******* (Nak full mintak dalam fb insyaAllah akan dikongsikan hehe)
Wechat id : IzyanJelani (Tapi tak leh add sebab private kehkeh,kalau nak tinggalkan id awaaa kat ruang komen yan add awaa)*Kalau nak laa tak nak kongsi xpe ceqqq xmo kawannn hmmm*hehe 

Petua Mudah Kempiskan Perut Buncit.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
PETUA 1 (Asam Jawa)
Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas. Biarkan semalaman. Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

PETUA 2 (Daun lidah buaya, asam jawa)

Ambil sedikit daun lidah buaya. Masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat. Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Setelah dirasakan suam sedikit, lumurkan ramuan tersebut pada perut.

PETUA 3 (Limau nipis, kapur sirih)

Sediakan limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum anda masuk tidur.

PETUA 4 (Limau nipis, air)
Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda juga akan beransur turun.

PETUA 5 (Teh Cina, limau nipis)
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

PETUA 6 (Teh hijau, Serbuk kayu manis, madu lebah)
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

PETUA 7 (minyak kelapa)
Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Sejukkan, kemudian sapu ke perut. Biarkan seketika selama 10 minit. Kemudian bilas. Amalkan setiap hari.

PETUA 8 (kapur makan, daun sirih, minyak kayu putih, limau nipis)
Bagi wanita selepas bersalin yang ingin mengempiskan perut kembali, amalkan campuran bahan ini untuk berbengkung. Campurkan sedikit kapur makan, beberapa helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan sesudu air limau nipis. Sapukan pada perut dan berbengkunglah seperti biasa.

25 THINGS THAT MAKE ME HAPPY

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Haii tq pada yang tag yan pasal benda ni huhu.Ada masa sikit ni yan jawab ye yang awak tag tu hehe.Sis Opi , Pheaa & Ana Fatihah.Yan jawab dalam bahasa melayu eh agar mudah difahami oleh lapisan masyarakat yang tak semua faham penggunaan bahasa inggeris walaupun soalan dia berbahasa omputeh.

25 THINGS THAT MAKE ME HAPPY

1-Bila mendapat sesuatu daripada orang tersayang tanpa disedari seperti birthday suprise terutamanya.Tapi boleh bilang baru berapa kali hehe

2-Yan akan gembira lompat-lompat bila sesuatu yang dibuat itu berjaya terlaksana

3-Orang disayangi sentiasa disisi

4-Gembira mendapat hadiah terutama menang kontest dalam FB mahupun Blog

5-Tumpang gembira bila tengok orang lain tersenyum dah buat hati ni gembira sangat-sangat hehe

6-Gembira bila yan berbuat baik pada orang lain walaupun orang tu perangai cam *longkang* yan masih cool janji masing-masing jaga tepi kain sendiri tak kacau periuk nasi belanga orang haha

7-Gembira bila mengarang dan menghias blog mengikut citarasa sendiri

8-Makan 

9-Gembira bila orang anjurkan open table mengenai makanan kehkeh *makan free kedepan*

10-Gembira serta berpuas hati bila main masak-masak berperang didapur lepastu semua orang mampu makan,maknanya memang sedap *Masuk bakul*

11-Bersiar-siar dengan kawan bila masing-masing cuti panjang

12-Bercuti

13-Gembira jika masih dapat duit raya huhu

14-Gembira jika memiliki keluarga sendiri

15-Gembira + Tension bila kekasih hati yang acah-acah lawak tu wat lawak haaaaaa stress kita dibuatnyaa 

16-Gembira jumpa kucing tepi jalan serta berkongsi rezeki dengan kucing

17-Gembira bila berjaya mengembirakan ibu bapa

18-Tidur hobi paling gembira hahahaha

19-Dapat ipong sebijik *hambek ko*

20-Gembira apabila berniaga

21-Gembira apabila kucing bermanja dengan kita

22-Gembira kerana masih diberi nafas sehingga ke harini

23-Gembira apabila dilindungi

24-Gembira apabila semua benda percuma

25-Gembira apabila tiada ditimpa masalah

~Settle~

My Faveret happy qoutes
"FORGET ABOUT WHAT HAPPEN TOMORROW..JUST DO IT AS YOUR OWN SYTLE..THEN HAPPINEST WILL FOLLOW U ALL THE TIME.."

Tag mereka A , B , CD . & E

Friday, 19 February 2016

Bento yang comel

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

U olzzz penah ke dengar word 'Bento'?Yan kira secondtime lah dengar bento ni.Bento ni adalah menu yang popular dijepun.
" Bentō (弁当 atau べんとう?) atau o-bentō adalah istilah bahasa Jepun untuk makanan bekal berupa nasi dan lauk-pauk dalam bungkusan praktikal yang boleh dibawa dan dimakan di tempat lain.Bento dibeli atau disiapkan sendiri di rumah. Ciri khas bentō adalah susunan jenis lauk dan warna agar sedap dipandang serta mengundang selera "
Bento adalah istilah bahasa Jepun untuk makanan bekal berupa nasi berikut lauk pauk dalam kemasan praktis yang bisa dibawa-bawa dan dimakan di tempat lain. Sepertinya nasi bungkus, bento bisa dimakan sebagai makan siang, makan malam atau bekal piknik.
Ok... Bento rupanya bekal seperti nasi yang complete dengan lauk pauk. Pada pemahaman yan juga, ciri-ciri bento juga harus melibatkan penyediaan makanan seimbang atau complete dengan zat atau nutrisi makanan termasuk buahan dalam bentuk yang menarik. Hihi.. yan tak pernah lagi bekalkan seperti bento "zaman muda" dulu-dulu Hehe. Tak kisahlah, istilah yang kita guna sekarang, apa-apa bekal dari rumah pon kita panggil "bento".Bento amat sesuai untuk anak-anak yang kurang gemari makan sayur2.Salah satu cara agar anak mudah makan sayur cer cuba setiap pagi sediakan sarapan yang ringkas seperti sayur carrot ke atau apa saja yang anak-anak tak suka makan tu,cuba olah kearah bentuk yang menarik,pasti anak-anak suka.Yang pastinya ia mudah dihasilkan,tak perlula nak cantek-cantek sangat ala-ala kadar pon dah cukup hehe

Yang ni comell olls,i fans Dato Vida ok *Jangan Kecam saya* ;P
Alolo comeynyaaaa
Unik buah epal tu hehe
Ada bran ke nak makan?
My Fav Movie ( Shin Chan )
Hey Arnold !
Gantok pulak tengok bekal camni hehe
Semua bento terlalu comel untuk dimakan,tambah yang bentuk muka-muka cegitu lagi tak sampai hati nak makan hahaa

Credit to : Wikipedia & Mykidsbento

Tuesday, 9 February 2016

Rindu template lama

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Entah mengapa jadi rindu dengan template yang dulu, rindu dengan Headernya dan juga menu serta sidebarnya, Rindu template diawal kemunculan dalam dunia berblog.Template zaman budak baru nk "up" edit-edit blog,kenal mengenal html code blog hihi.Bawah tu pic sumber dari pakcik google yang masih menyimpan "khazanah" template zaman purba huhu.Template tahun 2012 kalau tak silap yan.

Template tu bertukar wajah gara-gara disebabkan oleh segala pic dalam blog tu hilang kemana entah *sadis*.Kemudian.gatal tangan pergi mengedik eh bukan mengedit di template designer lupa buat copy template lama belog bertukar template yang lama hilang,sedih. T_T (tetiba boleh buat icon macamni sebab font dulu tak boleh buat)
huwaaaaaaaaaaaaaaa.

sekian sahaja update merapu

Tuesday, 2 February 2016

Need Feedback Please

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Yan nak tanya kepada pengguna Asus Memopad ME70C,ok tak?ada baca feedback dalam lazada tu,tapi ada yang cakap tak ok,ada juga yang cakap ok bagus semua,tapi masih ada sedikit keraguan.Yan cadang nak beli untuk someone sempena birthday dia huhu.Jadi bila beli ni kan mesti nak guna lama yer tak huhu.Harap ada yang sudi membantu.:)


Antara feedback


Monday, 25 January 2016

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER # ROUND 2

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Nama sebenar JM ialah Jamil bin Hashim,Menetap di KULIM, KEDAHJM anak ke 5 dari 7 adik beradik.Bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang di kulim kedah*Orang kedah upanya utagha samalaa kita yan perlis :)*,JM bermula sebagai blogger di awal januari 2013,Menurut JM pada awalnya JM tidak tahu apa itu blog,dan sekrang JM sudah berada bersama komuniti blogger yang lain sudah 3 tahun sebagai seorang blogger.Umur JM ialah 32 pada tahun (1984) bulan berapa?Tak dapat dikesan hihi.Perwatakan JM pada pandangan saya,JM seorang yang rajin hapdate blog walaupun JM masih baru,tapi cara penyampaian JM memberi serba sedikit pengetahuan mengenai hal isu semasa bagi orang malas cam saya nak tengok berita ni :P.JM seorang yang rajin jugak membuat pelbagai bentuk segmen yang bertujuan untuk menambah kenalan serta mengenali JM dengan lebih dekat agar JM sering menjadi ingatan buat para blogger yang lain,dengan cara tersebut para blogger peluang untuk mengenali blogger lain*Jangan ada istilah pilih bulu bila berblog*, walaupun tidak mengenali JM.Bak kata mr rabbit "Tak kenal maka tak cintaPerwatakan JM yang lain saya rasa itu saja kod sebab saya mengenali JM baru tahun lepas*Maafkan saya*huhu itu pun melalui Segmen yang JM anjurkan pada tahun lepas #SegmenJomTambahFollower.Lepasni saya akan terus ikuti blogger JM sebagai fans JM ^^.Support sesama blogger :).Untuk JM semoga dimurahkan rezeki dan terus berblog sebagai seorang blogger insyaALLAH mana tahu boleh jadi lebih terkenal lepas ni.:)

P/S: Maafkan saya andai terlebih "hyperaktif" mengarang entry ni hihi.

Giveaway 2016 TAHUN IMPIAN KITA by Mawar Assufi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Impian Dalam Hidup yang Ingin saya Capai Dalam Tahun 2016 Ini banyak tapi salah satunya ialah berjaya dalam perniagaan.Untuk meraih kejayaan tidak semudah seperti membalikkan telapak tangan. Tentunya diperlukan perjuangan dan pengorbanan untuk mendapatkannya.Banyak orang berhasil meraih kejayaan, namun banyak juga yang mengalami kegagalan. Berjaya dan gagal memang dipengaruhi oleh banyak faktor,salah satunya adalah yang dilakukan sehari-hari yang akan berpengaruh dalam pekerjaan dan usaha kita.Semoga Allah permudahkan urusan kita pada hari ini dan pada hari berikutnya Amin.


Tag : A , B , C , D , E , F , G 

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :) Fikir semula sekiranya anda ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.Anda akan didakwa sekiranya berbuat demikian.Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..Teruskan pembacaan anda.