https://izyanyancinnamon.blogspot.my


About Me Exchange links Giveaway 2015 Home Kesihatan Tips
Showing posts with label Tagging. Show all posts
Showing posts with label Tagging. Show all posts

Saturday, 27 February 2016

25 THINGS THAT MAKE ME HAPPY

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Haii tq pada yang tag yan pasal benda ni huhu.Ada masa sikit ni yan jawab ye yang awak tag tu hehe.Sis Opi , Pheaa & Ana Fatihah.Yan jawab dalam bahasa melayu eh agar mudah difahami oleh lapisan masyarakat yang tak semua faham penggunaan bahasa inggeris walaupun soalan dia berbahasa omputeh.

25 THINGS THAT MAKE ME HAPPY

1-Bila mendapat sesuatu daripada orang tersayang tanpa disedari seperti birthday suprise terutamanya.Tapi boleh bilang baru berapa kali hehe

2-Yan akan gembira lompat-lompat bila sesuatu yang dibuat itu berjaya terlaksana

3-Orang disayangi sentiasa disisi

4-Gembira mendapat hadiah terutama menang kontest dalam FB mahupun Blog

5-Tumpang gembira bila tengok orang lain tersenyum dah buat hati ni gembira sangat-sangat hehe

6-Gembira bila yan berbuat baik pada orang lain walaupun orang tu perangai cam *longkang* yan masih cool janji masing-masing jaga tepi kain sendiri tak kacau periuk nasi belanga orang haha

7-Gembira bila mengarang dan menghias blog mengikut citarasa sendiri

8-Makan 

9-Gembira bila orang anjurkan open table mengenai makanan kehkeh *makan free kedepan*

10-Gembira serta berpuas hati bila main masak-masak berperang didapur lepastu semua orang mampu makan,maknanya memang sedap *Masuk bakul*

11-Bersiar-siar dengan kawan bila masing-masing cuti panjang

12-Bercuti

13-Gembira jika masih dapat duit raya huhu

14-Gembira jika memiliki keluarga sendiri

15-Gembira + Tension bila kekasih hati yang acah-acah lawak tu wat lawak haaaaaa stress kita dibuatnyaa 

16-Gembira jumpa kucing tepi jalan serta berkongsi rezeki dengan kucing

17-Gembira bila berjaya mengembirakan ibu bapa

18-Tidur hobi paling gembira hahahaha

19-Dapat ipong sebijik *hambek ko*

20-Gembira apabila berniaga

21-Gembira apabila kucing bermanja dengan kita

22-Gembira kerana masih diberi nafas sehingga ke harini

23-Gembira apabila dilindungi

24-Gembira apabila semua benda percuma

25-Gembira apabila tiada ditimpa masalah

~Settle~

My Faveret happy qoutes
"FORGET ABOUT WHAT HAPPEN TOMORROW..JUST DO IT AS YOUR OWN SYTLE..THEN HAPPINEST WILL FOLLOW U ALL THE TIME.."

Tag mereka A , B , CD . & E

Thursday, 24 December 2015

9 Soalan dari blogger Sarah lalala


Assalamulaikum & Salam 1 Malaysia 


Fuhh banyak soklan kena tagging ni hihi.Btw tenkiu blogger sarah lalala :D Sapa yang nak tag yan lagi dipersilakan yan sudi menjawab soklan-soklan yang ditanya :) Tag yan tawww XD

Nama panggilan dalam blog

Hmm nama panggilan ye?Hmm izyan / Yan :)

Currently studying or working? Kat mana?

Belum lagi masih menunggu dan menunggu keputusan samada boleh sambung ke degri atau idok..:) (Yan buat PJJ)

Paling minat dalam bidang apa?

Bidang melukis..:)

Suka baca buku/novel genre apa?

Novel tak suka baca.Yan suka komik genre komedi seperti komik Crayon Shin Chan.

Paling selalu bukak blog pukul berapa dan hari apa?

Tak menentu kadang-kadang bukak kadang-kadang tak sentuh langsung laptop hihi

Describe yourself personalities

Sukakan pada kekemasan,suka wana pink atau wana yang lembut-lembut ja atau lebih mesra wana yang tak menyakitkan mata hihi.Seorang yang gigih dalam membuat sesuatu selagi tak nampak hasil selagi tu akan terus berusaha,berusaha dan terus berusaha sehingga berjaya apa yang dibuat tu,seorang yang suka makannnn XD

Dah berapa lama/tahun berblogging?

June 2011 ( Dekat 5 tahun dah )

Describe blog 'sarahlalala' dengan ownernya sekali. [sokayy, i want a sincerly from yur heart :)]

Blog sarah lalala comel tengok ke header pon boleh baca ownernya ni kecik-kecik molek gitus hihi.Blog yang ringan tak mengambil masa yang lama bila masuk.Cara penulisan juga enjoy tak laa terlalu formal sangat boleh diktakan ala-ala santai macam ni lebih buat orang minat untuk membaca :)

Umur tahun 2015?

20 tahun 

Dah siap hihi -

10 Soalan dari Nik Ailya

Assalamualaikum & Hai chingu 

Terima kasih blogger Nik Ailya tag yan..:D Bawah ni soklan yang yan kena jawab jadi jom kita enjoyyy !! hahaha

Anda suka berblogging tak ? Kenapa ?

Yan suka blogging bila adanya masa yang terluang yan akan berblog.Macam yang yan cakap sebelum ni berblogging bila adanya mood.
Kenapa Yan suka berblog

1. Dapat kenalan atau kawan baru.
Haaa. Ini baru betul......................
Setakat itu sahajalah jawapannya. Taknak yan buat huraian panjang-panjang. 

2. Boleh menghulurkan bantuan walaupun saling tidak mengenali.
Ini adalah antara perkara yang betul-betul membuatkan yan rasa terharu. Walaupun berada nun jauh beribu batu, namun pertolongan tetap dihulurkan melalui perantaraan internet. Terima kasih...

3. Perkongsian yang bermanfaat.
Alhamdulillah, suka berkongsi akan sesuatu yang bermanfaat. Hati juga perlu untuk dijaga dalam berkongsi. Jaga hati kita daripada merasa riak, sombong dan bongkak serta jaga hati orang lain supaya tidak terguris dan terluka. Tujukan sesuatu teguran tersebut kepada diri sendiri terlebih dahulu. Orang yang membaca dan mendengarnya? Alhamdulillah jika mereka turut mengambil pengajaran darinya dan ia merupakan satu bonus yang cukup-cukup besar ganjarannya pada kita. Dengan ini kita takkan merasa kecil hati, marah, geram dan sebagainya jika teguran atau nasihat kita tidak diendahkan. Belajar mendidik hati..

Begitulah serba sedikit jawapan bagi persoalan tersebut. Markahnya 200/100... hahaha

Apa pendapat anda tentang orang yang mintak follow back, tapi dia tak follow pun blog awak?

Pendapat yan,yang tak suka blogger macam ni,acah-acah nak followers yang ramai acah nak jadi retis eleh pegilaaa cemuih aih.Jangan laa wat macam ni ingat nak sangat ke nak follow blog style "follow me back ni" tapi hakikat dia tak follow pon,janganlaa belajar menipu lama-lama mencuri kihkih

Berapa umur anda ?

20 tahun.Lagi 13 hari masuk 21 tahun (6/1/1995) hihi,insyaAllah sempena birthday yan nanti yan akan menganjurkan satu giveaway sebagai tanda menghargai followers yan.Doakan semoga semuanya berjalan lancar :P

Hadiah yang amat di-idam-idamkan ?

Hmmm setakat ni tak dak lagi dalam pemikiran hihi :P

Pukul berapa time anda tengah menaip ni ?

8.10 malam

Apa pandangan anda tentang blog saya ?

Blog nik ailya simple tapi cool sebab ada wana hitam putih yang buat blog nik ailya nampak lebih menarik jelas serta memudahkan orang lain bila membaca.Yan suka header Nik ni simple siap boleh bergerak ni baru dipanggil keunikkan lain dari yang lain hihi.Teruskan berblogging ye adik nik :D

Beauty product yang anda amat suka & effective ?

Tak dak huhu yan seorang yang tak kesah sangat pasal kecantikkan huhu

Website online yang jual beauty product ?

Yang yan tahu dianpixy je hihi :D

Benda yang perlu ada time travelling ?

Semestinyaa kena ada cameraa haha itu yang penting sebagai medium untuk dijadikan setiap detik lebih bernilai.Manalaa tahu 20 / 50 tahun akan datang boleh tengok balik pic-pic kita di zaman purba boleh kongsi kenangan dengan anak cucu cicit piuk miuk semua XD

Bussiness class ke economy class best lagi ?

Ni pasal kapal terbang ke?Oh my gosh yan pernah naik kapal terbang dua kali seumur hidup kes fobia nak naik tak lepas nak bernyawa huhu..Yan fobia pada ketinggian..Rela naik pengangkutan darat dari udara huhu..Kalau diberi peluang orang bagi free tiket flight yan tak maw ambik huhu (T^T).Jadi conclusion nya dua-dua jenis yan tak suka huhu

Dah abih hihi -

Wednesday, 23 December 2015

Ditag oleh Nurul Fadhilah @ Fadh

Assalamualaikum,hai 

Terima kasih kepada adik fadh tag akk yan ni.Hihi sekali lagi kena tagging.Sorry kepada semua yang tinggal jejak sebelum ni yan lambat balas,bukan sebab bebai atau merajuk dengan blogspot kes culik pengikut yan tempoh hari tapi sebab yan pergi membawa diri ke negeri orang kihkih xdak la gurau yan pegi bercuti ke cameron highlands ari ahad lepas sampai senin.Maaf ye semua,btw insyaAllah mood rajin sikit nanti yan updatee post sepanjang dua hari satu malam ke sana ye stay tuned :D Macam banyak sangat nak cerita pasal kat sana jadi mungkin ada part 1 part 2 kod hihi.Ok jom nak jawab soklan adik ni panjang dah membebal dalam entri ni hihi

Antara soklan-soklannya adalah jeng-jeng

Haiwan yang ditakuti?

Haiwan yang ditakuti adalah lipan eeeyekk.Semua adik beradik baka-baka lipan segala keturunan lipan yan tak sukaaaaaa geli aihhh.Kalau diberi byk pilihan haiwan paling digeruni yan pilih lipas sebab utama ciri lipas paling benci bila dia bukak sayap acah-acah comel tu terus yan jadi hilang kawalan haha 
Tiba-tiba rasa macam ada lipan kat laptop nak keluar melalui screen OMG !
Kalau korang ada bff (kawan baik), korang sanggup ke buat surprise birthday utk dia? Nak buat mcm mana? Kalau yg pernah buat, sharelah sikit

Ada bff tapi kita jarang jumpa sebab masing-masing duduk jauh.Kalau sambut birthday pun kita just makan-makan spend time ramai-ramai.Tak dak la nak buat suprise birthday party ke hapa.Paling biasa pun kita ramai-ramai pegi berkelah ke tasik wat BBQ disiang hari :P macam tu ja hihi.Biasala meningkat dewasa ni kurang sikit bab suprise ni huhu
Macam ni saja cara kami berjimba-jimba sambut birthday gugurl hihi
Study dkt mana?

Tak sambung lagi study baru tengah menunggu result berjaya ke idok nak sambung ke degri.Yan buat pjj ja..:)

Suka bergambar tak?

Of Cos laa haha
Selfie last sebelum checkout
Peace olls ni salah satu pic dekat cameron highlands :P
Describe diri korang

Seorang yang rajin,gigih nak melakukan sesuatu selagi apa yang dihajatkan tu tak tercapai lagi,Seorang yang suka kepada kekemasan tak suka bersepah,kalau bersepah takut terserempak dengan lipan (-_-').Suka pada wana yang lembut-lembut,suka makan ❤ haha 

Suka blogger yang jenis mcm mana?

Sejujurnya ni yan suka blogger yang tak sombong yang tak pilih kasih bila berblogging.Tak nak blogger yang memilih sampai nak berblog pun tengok dulu tuan tanah tu agak macam dia nak yang segeng dengan dia ja.Blogger macam ni tak patut berblog kalau hidup berkelompok macam tu.Dah nama pun blog kita berada dibawah satu komuniti salahkah kalau kita ni menjadi seperti sebuah keluarga?

Sejarah wujudnya blog korang?

Sejarah wujud blog yan ni bermula hanya sebagai suka-suka ja sebab tengok macam best je macam cantik ja haha.

Rajin join GA/SEGMEN atau suka share stories/tips je?

Semua yan suka tapi ada tapi juga.Yan update short story bila ada mood ja.Kadang-kadang mood kelaut tu yang menyebabkan yan rajin setakat join GA/SEGMEN je huhu.

Sihat? ;p

Amboiii fadh hihi soklan cepumas ni hihi.Alhamdulilah sihat setakat ni..:P

Apa komen korang tentang blog aku? Hahahahahahaha (JUJUR TAUUUU)

Pendapat yan tentang blog fadh ni blog yang penuh infomasi,comel macam tuan blog jugak hihi,blog yang serba serbi biru lawa wana faveret yan lembut-lembut tu ajin singgah blog fadh :P Lagipula blog fadh ni laju je loading tak sampai seminit dah boleh scroll banyak entry hihi.Btw tahniah adk fadh terpilih antara blog terkemas dalam blog sis ombak bergigi ^^

- Have done -

Ok ni 10 soklan yan kepada bloggers yang lain :D

1-Perkenalkan diri awak
2-Apakah warna kegemaran awak
3-Kenapa pilih wana blog awak tu
4-Apakah haiwan piliharaan awak?*Jika ada nyatakan..
5-Suka pakai jam kiri ke kanan?Kenapa pakai jam belah tu
6-Suka pink?
7-Tempat yang awak ingin pergi bila melancong
8-Apakah nama artis pujaan awak
9-Suka makan durian tak
10-Siapakah idola awak

Nanti yan update calon-calonnya hihi :P

Friday, 11 December 2015

Saya ditag dari blogger starlavenderluna !


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Pertama kali saya ucapkan ribuan terima kasih kepada sis starlavenderluna atau mesra disapa Shikin Razali,saya panggil kak shikin hihi.Terima kasih sebab tag yan,yan mintak maaf kat kak shikin sebab lambat jawab 10 Soklan tu hihihi..Ok jom laa kenal mengenali antara satu sama lain hihi

Soklan pertama

1) Kenalkan diri awak

-Nama saya Izyan Athirah Binti Jelani.Saya berasal dari Negeri Perlis Indera Kayangan.(Kira anak jati perlis laa :P).Saya berumur 20 tahun (Berbaki 26 hari lagi masukla 21 tahun pada 2016).Tarikh lahir jatuh pada 6 Januari 1995.Anak bongsu daripada tiga adik beradik (kira anak "manja" hihi).Saya merupakan lepasan STPM dan sekarang sedang menunggu keputusan sambung belajar di Universiti Utara Malaysia (UUM) (Wat PJJ ja).Dan akhir sekali tentang diri saya,saya seorang pemalu orang nya.

2) Impian awak yang masih belum tercapai?

-Impian yang masih belum tercapai adalah saya berdoa dan berharap impian saya untuk maju dalam diri n biz kecilan tercapai. Usaha saya semua ini saya hadiahkan untuk mymum, mydad, myFamily dan myjengjeng?~ Saya menghargai kalian yang banyak berjasa dalam hidup saya diwaktu zaman kejatuhan dan kesusahan saya. Saya akan membalas jasa kalian dan saya takkan sesekali melupakan kalian!! Saya berharap segala yg saya usahakan akan berhasil insyaAllah pelan-pelan kayuh.. Saya mengharapkan doa dari kalian semua termasuk blogger2 yang setia. Wish me Luck!~ ;)) 

3) Pencapaian yang terbaik dalam kehidupan awak?
-Berjaya membukak bisnes kecil-kecilan yang menjadi idaman hati sejak dibangku sekolah.Asyik tengok orang ja sekarang nak mencuba sendiri hihi

4) Kalau awak ada RM8 juta, perkara pertama yang awak nak buat?
-Uishh kalau ada 8 JUTA perkara pertama nak adiahkan mak dan ayah pegi makkah.Itu perkara pertama yang saya akan buat (Doakan saya mana taw termakbul doa kalian,tapi bukan hasil orang bagi free 8 juta buta cam tu,tapi hasil titik peluh sendiri yang penting adalah keberkatan dalam mencari rezeki).Lain - lain tu Beli sebuah unit kondo secara cash. Kondo unit sederhana je…Takda lah penthouse atau jenis mewah punya.Beli kereta secara cash… kereta pun kereta nasional(Tempatan). Bukan kereta Ferrari atau Lamborghini haha (Tu riak dah nama tu)

5) Pendapat awak tentang jurnal saya?
-Soklan faveret saya ni hihi.Pada pendapat saya,jurnal akak semua best paling saya suka saya suka adalah bila akak buat Segmen atau Giveaway.Akak pon tahu saya ni kaki GA hihi.Secara keseluruhan nya jurnal akak amat berguna pada saya (pada orang saya tak tahu).Baca blog akak secara silent reading kadang-kadang memberi satu aura yang buat saya tertarik nak baca.Asa macam nak terjah dan terjah lagi.Akak saya boleh jadi fans akak taw kalau akak jadi artis ni hihi..(dah terlebih over dah saya ni).

6) Masakan pertama yang pernah awak masak?
-Ayam masak minyak.sapa nak resepi boleh private message dengan yan naa..hihi

7) Apakah genre buku kegemaran awak dan kenapa awak suka genre tersebut?
-Genre buku faveret saya suka macam genre komedi seperti Komik Crayon Shin Chan.*Fakta pasal yan: "Novel" paling yan tak suka sejak dulu lagi.Yan suka shin chan.sebab shin chan ni macam boleh jadi adik yan tak tahulaa kenapaa..Mungkin sebab yan anak last kod tu asa macam nak adik jugak..:D

8) Full time / part time blogger? Berapa kali dalam seminggu / sebulan awak update?
-Bergantung pada mood,kalau rajin nak bukak blog yan bukak,kalau mood kelaut memang tak sentuh langsung blog.Buat masa sekarang ni full time blogger sebab tak sangkut dengan mana-mana pengajian.Sebulan yan update kalau nak ikutkan pada bulan yang lepas-lepas dalam 15 entri atau paling sikit 7/8 entri.Yang banyak sebab join kontest tu banyak hihi. 

9) Siapakah blogger yang paling awak suka dan kenapa?
-Mestilaa akak shikin seperti yang saya terangkan di soklan no 5 hihi.Lain-lain tu semua saya suka.Blogger Lyssa Faizureen pon saya suka sebab serba sedikit banyak membantu yan dalam keja pengubaisuaian blog yan ni.

10) Sejak tahun bila awak masuk ke dunia blogger?
-Pada tahun 2011,tahun tu tahun baru nak mengenal komputer,keyboard & etc.Masa itu laa yan cuba nak ceburi bidang penulisan secara suka suka dalam alam maya.Yan pernah taw bukak tempahan edit blog.Tapi tu dulu laa,sekarang ni kekangan masa sikit belum campur dengan wifi yang kadang-kadang cam kura-kura huhu.

Have done selesaikan tugas saya menjawab soklan.

Sekarang jom saya lak nak kenalan dengan kawan-kawan lain.

*Aqilah Azmi
*Sabrina Sa
*Nazfea Solehah
*Emy
*Tiey
*Nabihah
*Zafirah
*Fieyqa

Jemput adik-adik jawab soklan kak yan ni hihi

1)Kenalkan tentang diri awak
2)Ramai kawan lelaki ke perempuan?
3)Kenangan manis awak
4)Kenangan pahit awak
5)Tempat pelancongan awak yang pertama pernah sampai?
6)Kalau diberi peluang awak mempunyai sebuah pulau persendirian,pulau mana awak nak duduk(wat je nama pulau sendiri atau pulau yang terdpat dalam dunia ni) dan apa awak nak buat di pulau itu.
7)Apakah jenama telefon anda guna sekarang dan mengapa anda memilikinya (mungkin ada kenangan manis ke disebalik tu..Cita jaa hihi)
8)Pendapat awak tentang blog saya?
9)Apakah nama panggilan "manja" awak yang family atau sapa saja yang mengenali diri awak.
10)Awak boleh tolong saya tak?Tolong vote saya kat entri saya tag awak ni hihi..Tima Kasih daun keladi.(TUNGGU SAMPAI ABIS LOADING dan KLIK SKIP AD :P)


 
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Vote Me ! Click Here Tenkiu
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿


Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :) Fikir semula sekiranya anda ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.Anda akan didakwa sekiranya berbuat demikian.Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..Teruskan pembacaan anda.