https://izyanyancinnamon.blogspot.my


About Me Exchange links Giveaway 2015 Home Kesihatan Tips
Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Monday, 4 January 2016

Nak Tingkatkan Page View Blog


Page view atau PV ialah jumlah halaman dalam blog yang dibuka oleh pengunjung. Semakin tinggi page view maknanya semakin banyak page blog tu dibuka atau diselak oleh pengunjung blog. Semakin lama pengunjung tu stay kat blog tu maka semakin tinggi le page view, lebih kurang macam tu le.

Btw ada yang bertanya pada yan macam mana nak tingkatkan pageviews dalam blog,jadi ni jawapan yan bagi pengalaman template yang lepas-lepas memang PV yan view tinggi.Nak tengok pulak untuk PV template baru ni..:)

Tip-tip nak tingkatkan page view blog tadi, ada beberapa cara yang boleh kita buat supaya pengunjung nak stay lebih lama di blog kita (terutama bagi pengunjung yang baru pertama kali masuk blog kita. Pengunjung yang dah selalu masuk tu, mungkin dia dah baca dah kot entri kita sebelum ni.)

By the way, kalau nak blog ramai pembaca, of course la pageview harus meningkat. Supaya orang dah view blog kita , then terpulanglah pada orang nak follow anda atau tidak. So, tak salah kalau tingkatkan pageview blog dlu. Bila pageview meningkat, kiranya makin ramai yang dah view blog kita. Dalam ramai-ramai tu, siapa berkenan, dialah follow kita! so, why not getting more pageview first right? Ini barulah ikhlas berblogging. bukan semata-mata suruh berfollow-follow blog.

Sekarang ni nak bgtau macam mana cara nya nak dapatkan pageview yang banyak pulak. Pertama sekali, kena blogging dan blogging. Tulis entry, ikut anda la entry macam mana pun , blog anda kan... *muka annoying*  Kalau boleh, jadilah blogger yang daily updated. iaitu blogger yang update blog hari-hari. Kalau anda sibuk, jadilah blogger yang weekly updaited (yang blogging seminggu satu entry).. ataupun yang monthly updated (sebulan satu entry) -_-

Pertama pasang linkwithin, yang ni pun satu cara nak menarik pembaca blog klik ke page lain atau entri lain bila nampak linkwithin sekali dengan gambar yang menarik. Kebanyakan blogger dah banyak pasang linkwithin kan. Tu pun cara nak promosi kan entri tuan blog yang lepas2.*Yan tak pasang lagi*

Pasang Read More pada post, cara ni bukan saja mempercepatkan loading page tapi jugak boleh meningkatkan page view blog. Kalau pembaca teringin nak baca lagi depa akan klik read more tu untuk tahu selanjutnya. Ni pun bergantung pada kreativiti penulis tu nak membuatkan orang terus membaca, penulis blog boleh le buat ayat ayat yang menarik dan suspen sikit..hehe!!

Cara lain ialah pasang le widget widget macam Popular Post, (post yang paling banyak diview), entri yang paling banyak dikomen, entri yang panas panas, dan sebagainya, semua tu boleh kita pasang kat tepi side bar blog, dari situ kita boleh dah nak menarik pengunjung pilih entri entri yang depa nak baca. Tu la cara kita nak iklankan kan entri kita..:)

Tips seterusnya loading blog.Yang ni amat laa penting dalam sesebuah blog.Kalau laju blog hampa lagi ramai akan menapak kat blog hampa tu,tapi kalau blog lembap sampai loading pun tak habis-habis sampai berminit-minit berjam-jam memang PV jatuh teruk huhu.Lagi satu buanglaa widget2 yang tak berguna macam bela ikan ke dalam blog sebab memberi kesan pada blog buat blog lambat loading kalau setakat 10 saat ke satu miniit lain cita laa huhu.Blog yan berat aritu kes letak lagu,lepas buang lagu dah laju sikit daripada biasa.:)



100+ ketas adalah agak berat,kena diet !! Yang penting load time dengan average speed


Blog mesti menarik,menarik maksud yan tak perlu nak hias-hias cantik macam bidadari biasa-biasa ja pun dah cukup janji sejuk mata memandang tak serabut mata yang melihat.Tak lawa pun tak pa janji tersusun rapi ditempat yang tertentu takala benda tu duk merata sat kiri sat atas sat bawah agak serabut.Biar seragam je.Ok?


Jangan cepat berputus asa.Yang ni penting.Kadang-kadang ramai antara bloggers kita bila berblog mudah berputus asa sebab rasa macam orang tak datang jenguk blog kita.Jangan dibandingkan dengan bloggers fames yang ari-ari dapat PV tinggi,masing-masing ada strategi sendiri cara mereka sendiri so jangan nak rasa lagi bila kita update tak dak respond sampai nak dapat satu komen pun susah.Don't Give up babe.Teruskan update ada yang membaca cuma mungkin tiada idea nak komen so mereka jadi silent readers saja.*Biorlaa orang cakap kita syiok sendiri* Yang penting kita rajin update dan update.*Berdasarkan pada pengalaman diri* Satu lagi nak berpesan jangan percaya pada widget onlineuser tu.Aritu masa yan berblog tengok tak dak sapa datang jenguk,tapi hakikat ramai yang datang tinggal jejak.Relax laa derr hanya nombor XD


So, apa-apa aja yang anda tulis, bila orang lain taip di google untuk mencari sesuatu dan terbuka blog anda, maka pageview bertambah dan follower pun mungkin meningkat. Yang paling penting, orang betul-betul baca blog anda!

Sunday, 13 December 2015

Tutorial : Ban / Block User Cbox


Assalamualaikum,
Arini yan nak kongsi sikit cara nak block / ban user yang kerap sangat bila datang je bawak masuk iklan/advertisement dalam cbox kita.Btw kita bukan kedekut sangat setakat nak klik klik ni,tapi pada-pada laa sampai nak menipu orang dengan ayat-ayat tertentu supaya orang tertarik klik kat nama yang anonymous. Kita excited ja bila ada orang datang ke "rumah" kita sekali tengok hmm hampeh bagi link iklan.Sapa tak sakit hati an?Habaq mai..So Kalau hampa pon alami situasi yang sama  jom follow tutorial yang di repost dari blog Fara..

**alert : this tutorial is only available to cbox.ws user

1. Go to cbox.ws > sign in 


2. Go to messages > messages (LOL)


3. Tick the advertisements messages / user yang anda tak suka > click ban


Check it back!

4. go to User & Access > click Blocked users



5. now you will see the blocked user that you banned just now. To make sure they wouldn't come back, tick the users > click change expiry


6. Type in the box Forever > ok


7. Then something will pop up and just click ok.

Now you're done!

:: Credit ::

 
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Vote Me ! Click Here Tenkiu
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :) Fikir semula sekiranya anda ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.Anda akan didakwa sekiranya berbuat demikian.Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..Teruskan pembacaan anda.